Saturday, March 3, 2012

Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop





Klik dan beli di sini

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri.

Meskipun tidak ada asas membina web sendiri, gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:

Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan.  Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.

Isi kandungan buku

Dedikasi
Mulakan dengan apa di tangan
Soalan peniaga kecil memulakan blog shop

Bahagian 1: Cari idea jadi peniaga di internet 
01 Cari idea bisnes blog shop
02 Awal Jana idea bisnes cara Abraham Maslow
03 Pilih dan jual produk


Bahagian 2: Buka pintu blog shop dengan Google 
04 Dapatkan kunci pintu kedai kita sebelum berniaga


Bahagian 3: Bina blog shop, kedai pertama kita 
05 Mengapa berblog shop menggunakan Blogger
06 Melihat peta asas blog shop
07 Buka blog shop pertama anda
08 Tulis entri produk
09 Masukkan foto produk ke dalam entri
10 Pilih foto yang sesuai
11 Masukkan video produk ke dalam blog shop
12 Paparkan video yang dapat menjual
13 Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri
14 Papar entri blog mengikut tarikh berbeza
15 Label mudahkan carian produk
16 Gantung papan kedai di hadapan pintu masuk blog shop
17 Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita
18 FAQ menaikkan keyakinan pelanggan membeli
19 Agihkan kerja kepada rakan niaga dan pekerja
20 Jadikan pelanggan selesa membeli


Bahagian 4: Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan
21 Beri borang pesanan yang mesra anda mesra pelanggan
22 Hasilkan dan sebarkan borang pesanan pelanggan


Bahagian 5: Mudahkan paparan imej produk dan perkhidmatan
23 Tambah fungsi imej produk cara slaid


Bahagian 6: Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan 
24 Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu
25 Gunakan testimonial yang menjual dan tidak membunuh


Bahagian 7: Simpan senarai pelanggan setia
26 Mendapat maklumat produk umpama surat daripada posmen
27 Emelkan sekaligus entri blog
28 Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan
29 Hantar emel blog shop pada waktu menggembirakan
30 Tingkatkan imej emel blog shop
31 Gunakan Feedburner memantau pelanggan
32 Mudahkan pelanggan melihat entri blog shop
33 Khabarkan entri-entri blog yang hangat

Bahagian 8: Promosi blog shop kepada orang ramai 
34 Bertukar link blog shop dengan peniaga blog shop lain
35 Capai bakal pelanggan menggunakan Google Blog Search
36 Kekal jadi peniaga blog shop disukai ramai

Bahagian 9: Bicara semangat niaga 
37 Cas kuasa fitrah dalam perniagaan

Biodata penulis

Wednesday, April 28, 2010

Tip Blog Shop | Cas kuasa fitrah dalam perniagaan

“Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buat untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” Maksud surah al Ankabut ayat 45

Petua terakhir menjadi pedoman umum bagi kita mudah mengaplikasi dan mengingati tip-tip yang diberikan dari muka surat pertama sehingga ke halaman ini. Ia adalah kesimpulan apa yang kami kongsikan.

Tip akhir ini bersifat personal dan sangat kena pada diri kita. Ia dipanggil sebagai fitrah. Cas kuasa fitrah ketika kita mengurus blog shop dan kekal dalam usaha ini. Kenali fitrah agar kita dapat memaksimakan potensi diri.

Apakah itu fitrah. Ia disebut oleh Tuhan,

"Maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah. Allah telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Maksud surah al Rum ayat 30.

Dalam tafsir al Quran, fitrah diberi erti agama. Kembali kepada agama bermaksud kembali kepada sistem yang mengimbangi potensi manusia dengan mengakui potensi diri ini adalah milik Tuhan.

Peniaga blog shop yang bersikap merendah diri kepada Tuhan menjadikan beliau setinggi-tinggi di sisinya. Rendah hati inilah yang meninggikan kedudukan.

Berusaha mengurus perniagaan bagi membina kerjasama yang baik dan membina tapak mencari rezeki halal secara langsung meletakkan Tuhan sebagai gol peribadi dan diurus sebaik-baiknya.

Elemen-elemen fitrah yang saling berkait menjadikan pendekatan mengurus bisnes melalui blog shop memerlukan elemen berikut.

  • F untuk Fikiran

Fikiran menjadi tool yang mencipta pendekatan dan idea bagi diterjemah kepada bentuk tindakan ketika mengurus perniagaan blog shop. Fikiran adalah hasil daripada proses pemerhatian melalui penggunaan panca indera. Maklumat dalam otak diproses kemudian mencanai idea-idea yang dizahir bagi mengurus ruang dan peluang bisnes.

Kedudukan fikiran di tengah-tengah lingkaran menunjukan ia sebagai pusat aktiviti manusia.

  • I untuk inspirasi

Inspirasi atau role model sebagai ikutan bagi mencari strategi mengurus blog shop. Apabila kita mempunyai role model ketika mempelajari cara mengurus blog shop, kita akan belajar kaedah-kaedah yang digunakan dan diadaptasi dalam situasi bisnes yang dilalui hari ini. Memilih role model membantu mempercepatkan penguasaan skil.

Role model merupakan contoh hidup bagaimana disiplin dan teknik mengurus perniagaan.

  • T untuk teknik

Mengurus blog shop mempunyai teknik tersendiri. Teknik menjadi peraturan yang perlu diikuti oleh peniaga ketika membuka perniagaan blog shop.

Teknik mempermudahkan kita dan menyelesaikan kerja secara teratur. Ada yang tidak gemar kepada peraturan. Seolah-olah peraturan menyekat dan memberi had kepada tindakan kreatif.

Bayangkan permainan catur tanpa peraturan. Bayangkan bidak catur pawn boleh sesuka hati bergerak seperti queen. Bagaimana pula bidak catur knight atau kuda tidak perlu bergerak dalam gerakkan berbentuk L. Di mana keseronokan permainan ini jika tidak ada peraturan permainan.

Peraturan menjadikan kita lebih kreatif bertindak dalam had yang diberi. Saudara mempunyai kuasa kreatif ketika mengurus perniagaan.

R untuk Respon

Respon adalah maklum balas kepada tindakan yang kita pilih dalam mengurus perniagaan melalui blog shop.

Respon memberitahu sama ada yang pendekatan diterima atau memerlukan perubahan bagi meningkatkan momentum perniagaan di blog shop. Respon diberi pada peringkat permulaan, pertengahan dan akhir.

Ia disampaikan oleh pelbagai individu melibatkan pelanggan dan rakan perniagaan. Respon meningkatkan daya pengaruh perniagaan blog shop melalui penambahan input-input baru dari satu peringkat ke satu peringkat lagi.

Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. Maksud surah al Nahl ayat 43

  • A untuk aplikasi

Ilmu tanpa amal sepert sebiji epal yang cantik di luar tetapi apabila dimakan, tiada manisnya. Aplikasi secara berperingkat setiap tip-tip memberi kelegaan kepada saudara bagi mencapai kejayaan-kejayaan kecil ketika mengurus blog shop.

Setiap kejayaan kecil adalah tangga-tangga ke kemuncak menjadi peniaga kecil berpengaruh yang mampu mengemudi perniagaan dengan cara tersendiri.

Raikan kejayaan kecil daripada hasil yang kita perolehi. Menjadi sumber rujukan dan berpengaruh dalam mengurus perniagaan adalah gabungan usah-usaha kecil yang konsisten.

Ia menjadikan tindakan serta pilihan kita sebagai sesuatu yang bersifat matang dan menimbulkan hormat pelanggan.

Mengamal ilmu secara berperingkat adalah cara disarankan agar kita mudah mengamalkan pengetahuan sedikit demi sedikit sehinggalahdapat menguasai secara keseluruhan.

Janganlah kamu tergesa-gesa membaca al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu. Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." Maksud surah Thaha ayat 114

  • H untuk Hamba

Faktor H untuk hamba berada di luar lingkaran kerana ia bertindak sebagai pengimbang peranan diri sebagai seorang peniaga blog shop. Ia berada di luar lingkaran dalam model fitrah kerana ia mengawal kelima-lima elemen lain.

Kita berfikir dan bertindak sebagai hamba bagi mendapat keberkatan. Keberkatan digerak melalui doa keluarga, pelanggan dan rakan niaga, redha ibu bapa, pembersihan hati melalui zikir, mencipta sangka baik terhadap Tuhan dan melihat ujian dalam perniagaan kecil sebagai cara mengukuhkan jiwa.

Doa adalah ciri yang mengikat hubungan kita dan Tuhan. Doa melibatkan permohonan kita agar menjadi peniaga di blog shop yang bermanfaat, mempermudah laluan rezeki yang halal dan menjadi amalan yang diterima Tuhan.

Elemen hamba adalah elemen yang tidak lari daripada membincangkan mengenai Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan, mengakui kewujudan dan bersedia memenuhi komitmen kepada Tuhan mempunyai pengaruh terhadap keseimbangan emosi, intelek dan iman.

Tidak dijadikan manusia dan jin kecuali untuk menyembah Allah.
Maksud surah al Dzariyat ayat 56

Ini membuktikan ketiga-tiga unsur iaitu kecerdasan intelek (IQ) yang beroperasi di bahagian otak bernama neocortex, kecerdasan emosi (EQ) yang digerakkan oleh lymbic system dan kecerdasan spiritual atau kecerdasan iman yang dipanggil SQ (spiritual quotient)

Potensi peniaga adalah terhad dan dikembangkan melalui bantuan Tuhan. IQ, EQ dan SQ sama-sama berperanan dan bekerja dengan ritma tersendiri. Kajian mendapati otak manusia dicipta dengan satu fungsi yang dinamakan God Spot.

Pada tahun 1995, di Universiti California, pengkaji bernama V.S Ramachandran telah menemui satu fungsi saraf dalam otak yang dinamakan God Spot pada lobus temporal. Ia adalah fungsi otak ketiga yang mencari sebab mengapa manusia dijadikan, berbuat sesuatu yang baik terhadap diri dan orang lain serta segala macam persoalan mengenai hala tuju hidup.

Ini termasuk menjadikan amalan perniagaan blog shop sebagai satu amal baik kerana Tuhan.

Sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah dengan berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak mereka bersedih hati. Maksud surah al Baqarah ayat 112

Sebagai kesimpulan buku ini, kuasa fitrah seorang peniaga blog shop menjadikan

  • Fikiran sebagai alat yang mencetus pelbagai idea awal bagaimana blog shop perlu diuruskan secara baik dan teratur.
  • Inspirasi iaitu mencari peniaga blog shop lain sebagai model untuk ditiru dan dijadikan rujukan.
  • Teknik yang betul bagi menjaga proses perniagaan yang halal, mengurangkan kos dan menambah potensi.
  • Respon bagi memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kaedah yang berkesan.
  • Aplikasi iaitu menukarkan pengetahuan kepada tindakan dalam mengurus blog shop.
  • Hamba iaitu memahami perniagaan di blog adalah satu lagi amal baik dengan niat kepada Tuhan dengan menjadikan perniagaan kita memudahkan pelanggan dan memberi rezeki halal sebagai dorongan membuat kebaikan.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Monday, April 26, 2010

Tip Blog Shop | Idea bisnes cara Abraham Maslow

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Adakah sebarang panduan menjana idea bisnes yang pernah digunapakai dalam perniagaan di internet?

Ada. Satu formula mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang bersesuaian telah didedahkan dalam Internet Marketing for Dummies, mereka mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang memenuhi teori Abraham Maslow iaitu Hierarki Keperluan Maslow.

Dalam teori yang diketengahkan oleh Abraham Maslow, manusia akan cuba memenuhi lima peringkat iaitu

  • Keperluan fisiologikal seperti rumah, pakaian dan tempat tinggal
  • Keperluan keselamatan seperti kit kecemasan, perubatan, tempat yang selamat.
  • Keperluan sosial seperti rakan-rakan dan teman hidup.
  • Keperluan penghargaan diri seperti lambang jawatan menunjukkan kejayaan, jenis kereta dan pakaian menggambarkan status dan hiasan rumah melambangkan gaya hidupnya.
  • Kesedaran kendiri iaitu sesuatu yang melibatkan keagamaan dan unsur jiwa.

Bagaimana peniaga memperkenalkan produk dan perkhidmatan di internet menggunakan teori Abraham Maslow.

Lihat pada jadual di bawah.

Keperluan fisiologi

Perkhidmatan rumah untuk disewa
Menjual makanan kesihatan
Menjual pakaian lelaki dan perempuan
Menjual pakaian kanak-kanak dan bayi

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan keselamatan

Menjual dan memasang penggera dan CCTV
Menjual penyembur lada sulah untuk wanita
Menjual kit pertolongan cemas
Penggera kenderaan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan sosial

Perkhidmatan sms melalui internet
Perkhidmatan portal cari jodoh
Kelab berdasarkan kemahiran
Program dan bengkel sehari
Keahlian spa dan program kuruskan badan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan penghargaan diri

Menjual dompet berjenama
Menjual koleksi pakaian berjenama
Menjual akseori wanita eksklusif
Khidmat dekorasi rumah
Menjual produk antik
Mereka hiasan kreatif dan lanskap

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Kesedaran kendiri

Menjual produk haji dan ibadah
Menjual buku motivasi kendiri
Seminar dan motivasi kehidupan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Pilih dan jual produk sekarang

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, "Dari mana datangnya produk dan perkhidmatan di internet?"

Jika kita bercadang menjual produk dan perkhidmatan di internet, ia datang melalui pelbagai cara. Kita dapat memilih mana-mana cara berikut bagi menjalankan perniagaan pertama kita di blog shop.

  • Produk dan perkhidmatan diusahakan sendiri.
  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.
  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop.
  • Produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Perniagaan di internet mempunyai prinsip bisnes tersendiri. Kepada mereka yang pertama kali terjun ke dunia perniagaan di internet, kata-kata usahawan internet tempatan iaitu Adly Mukhtar dapat dijadikan gol kecil untuk dicapai.

Kata Adly, ”Dalam perniagaan internet, dapatkan seringgit yang pertama. Ya, seringgit yang pertama. Dari nilai yang kecil ini kita akan melihat lebih banyak jalan untuk menambah nilai sedia ada.”


Produk dan perkhidmatan sendiri

Produk dan perkhidmatan sendiri melibatkan apa yang kita sudah usahakan sebelum ini. Kita memanjangkan potensi produk dan perkhidmatan yang kita usahakan ke dalam blog shop.

Misalnya, kita mempunyai kemahiran menghasilkan grafik kad perniagaan dan poster, kita dapat menawarkan kemahiran itu kepada pelanggan melalui blog shop. Jika kita mempunyai kemahiran memperbaiki telefon bimbit, kemahiran itu dapat diuar-uarkan melalui blog shop.

Misalnya, Boonga Studio yang memperkenalkan kasut dengan hiasan yang dihasilkan sendiri. Pelanggan akan memilih kasut yang mempunyai corak pilihan mereka daripada blog shop ini.


Bagi peniaga kuih karipap ini, beliau memfokuskan kepada memperkenalkan gerai jualan karipap beliau sebagai promosi di blog shop.



Jika kita mempunyai produk yang berpotensi dijual, gunakan blog shop bagi memperkenal dan menjual produk itu. Katakan kita mempunyai barang-barang terpakai yang masih elok dan dapat dijual. Tawarkan barang-barang tersebut di blog shop.



Blog shop Jom Sewa Buku menawarkan pilihan buku beliau yang sudah dibaca bagi disewakan kepada orang lain. Sekiranya ada sesuatu yang kita mahu ia diasingkan dari rumah, cubalah menjual barangan terpakai yang masih berfungsi pada harga murah.

  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.

Hubungi peniaga online yang sedia, bertanya sama ada kita dapat menjadi satu lagi pengedar produk beliau secara online. Sama ada peniaga itu berniaga menggunakan blog shop atau pun melalui laman web, kedua-duanya mempunyai peluang yang sama.

Biasanya, peniaga online sedia ada akan memberikan harga pengedar kepada kita. Harga produk jualan yang terpapar akan sama seperti mana laman web atau blog shop peniaga terbabit.

Sesetengah memperkenalkan kaedah kita jual, mereka hantar. Iaitu pesanan dan pembayaran akan melalui kita, pesanan tersebut dimaklumkan kepada mereka. Kemudian bayaran harga produk selepas ditolak harga pengedar akan dimasukkan ke akaun peniaga asal. Penghantaran akan dilakukan oleh mereka.

Bagi memperolehi idea dan maklumat peniaga-peniaga yang menjual melalui internet, kunjungi ekspo perniagaan dan kenalpasti peniaga-peniaga yang sudah mula menjual melalui online atau layari direktori perniagaan yang mudah dicari di internet.

  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop

Dalam satu sesi yang saya kendalikan dalam pengenalan asas perniagaan di internet, satu soalan yang popular diajukan di mana sahaja adalah, “Mahu jual apa?”

Soalan ini diajukan oleh peserta yang tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri.

Bagi menjawab soalan ini saya berkata, ”Mari kita pulang ke kediaman atau pejabat masing-masing,” jawapan ini akan dibalas, ”Apa yang ada di rumah dan pejabat kami?”

Soalnya bukan apa yang ada di rumah tetapi apa yang ada di sekeliling rumah dan pejabat.

Terdapat puluhan kedai yang tidak mempunyai blog shop apatah lagi laman web perniagaan sendiri. Bagaimana jika kita bekerjasama dengan pekedai ini menjual produk ini di internet.

Boleh jadi rakan sekerja kita yang menjual kecil-kecilan produk di pejabat dapat kita bantu dengan memasarkan melalui internet secara kaedah blog shop.

Dapatkan harga pengedar, jual pada harga pasaran yang disertakan bersama kos penghantaran. Cipta sistem pesanan kita sendiri bagi memudahkan kita mengenalpasti produk pesanan pelanggan sebelum mengambilnya di kedai berkenaan.


  • Jual produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Tidak ada produk, perkhidmatan dan tidak ada idea apakah perniagaan yang menjana pendapatan kepada saudara. Cubalah sertai program affĂ­liate.

Tanpa produk dan perkhidmatan masih boleh jana wang. Dalam majalah IM, sebuah majalah keusahawan Internet tempatan, penulis bernama Galadrial memberi penerangan ini,

Menurut beliau, “Affiliate adalah individu yang dibayar komisyen atau bayaran tetap kerana membawa pengunjung membeli produk atau pun servis di laman web penjual. Biasanya ahli affiliate akan diberi link atau kod khas bagi memudahkan pengendali web jualan asal mengenalpasti siapa yang berjaya mempromosikan jualan tersebut dan membayar ahli affiliate tersebut mengikut jumlah jualan.

Manakala program affiliate adalah, "Sejenis bentuk pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web. Penjual akan membayar komisyen kepada ahli affiliate yang berjaya membuat jualan.

Kita boleh mendaftar dalam program affiliate dan akan diberikan bahan promosi melibatkan artikel dan fail imej yang boleh dipaparkan pada blog dan laman web. Bagi menaikkan perhatian ramai, penghasilan video jualan merupakan satu kaedah mempromosi yang membantu peserta program affiliate.

Di manakah kedudukan pautan bagi mendaftar program affiliate?
Kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga di internet ialah mereka meletakkan pada bahagian atas minisite jualan atau pun di bahagian bawah minisite. Adakalanya ia ditulis sebagai program affiliate, affiliate atau ejen jualan. Bergantung kepada pilihan peniaga tersebut.

Dari segi komisen affiliate, kita boleh mendapat bayaran komisen serendah lima ringgit sehingga melebihi seratus ringgit bagi satu jualan yang berjaya dilakukan. Ia bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kini terdapat banyak peniaga tempatan menawarkan program affiliate dan tidak sukar untuk dicari berbanding pada awal tahun 2006. Lakukan pencarian maklumat tambahan mengenai peniaga yang menawarkan program affiliate bagi memastikan peniaga itu mempunyai reputasi yang baik dari segi pembayaran.

Menjadi affiliate melalui laman web ebookmentorjutawan.com

Sebagai contoh, saya merupakan ahli affiliate yang menjual produk e-book Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi.

E-book ini adalah hasil tulisan Irfan Khairi. Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi adalah produk e-buku yang melibatkan transkrip temubual beliau bersama lapan ikon jutawan. Irfan Khairi mendedahkan pelbagai resipi kejayaan dan kisah lanjut kelapan-lapan ikon sukses ini. E-book dan sistem affiliate boleh diperolehi melalui laman web mini www.ebookmentorjutawan.com.

Screenshot laman web mini jualan e-buku Mentor Jutawan



Lapan ikon terlibat berkongsi pengalaman dalam e-book ini adalah

  1. Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  2. Azizi Ali
  3. Datuk Dr Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li
  4. Datuk Husamuddin Yaacob pengasas kumpulan Karangkraf
  5. Dato’ Dr Azman Ching
  6. AbuAyubul Ansari Bin Ibramsha dari Singapura
  7. Billi P.S Lim dan Irfan Khairi sendiri

Pembeli akan mengklik ID atau alamat affiliate kita yang dipaparkan pada blog shop. Kemudian sistem akan merekodkan klik yang mempunyai jualan.

Bagi setiap jualan e-book ini, ahli affiliate diberikan komisen yang dimasukkan ke dalam bank apabila mencapai tahap minimum jualan. Blog shop dapat membantu kita mempromosi produk dan perkhidmatan orang lain yang menawarkan sistem affiliate.





Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Friday, April 23, 2010

Tip Blog Shop | Testimonial bergambar

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Teknik keempat

Testimonial bergambar

Testimonial bergambar memberi impak besar kepada pelanggan apabila dipaparkan dalam blog shop. Tanpa perlu huraian lanjut, gambar itu sendiri menggambarkan peniaga mempunyai sesuatu yang dapat dipercayai pelanggan.

Ciri-ciri gambar yang digunakan untuk paparan blog shop.
  • Gambar demonstrasi produk sebelum dan selepas.
  • Gambar aktiviti jualan yang sibuk.
  • Gambar proses kerja penghasilan produk.
  • Gambar bersama personaliti dalam bidang yang sama atau berbeza.
  • Gambar orang ramai bersama saudara dan produk.
  • Gambar bersama personaliti terkenal.

Setiap gambar mempunyai kata kunci tersendiri. Kata kunci ini timbul daripada persepsi pelanggan. Pilihan gambar bagi tujuan testimonial perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan persepsi yang salah timbul.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Testimonial media dan logo

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Teknik kedua


Testimonial paparan media

Penggunaan testimonial menggunakan media melibatkan dua kaedah.

  • Pertama, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan kita. Kita mengambilnya sebagai membuktikan ia pernah muncul dalam akhbar dan majalah.
  • Kedua, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan yang sama. Kita hanya mengambil isinya sebagai kepentingan industri dan mesti diambil tahu pelanggan.

Teknik ketiga

Testimonal logo

Testimonial logo pengeluar lain digunakan apabila kita menggunakan bahan daripada pengeluar tersebut.

Katakan seorang peniaga burger membuka blog shop, beliau ingin mempromosikan rangkaian gerai burger bergerak miliknya. Kemudian beliau menghubungi pengeluar roti dan daging burger Ramly bagi meminta kebenaran menggunakan logo beliau pada blog shop.

Dalam blog shop itu, peniaga memberitahu pelanggan,

Roti dan daging burger bermutu daripada Ramley.

Apakah yang dilakukan oleh peniaga burger ini?

Beliau mewujudkan perkaitan antara kualiti produk Ramley dan perniagaannya. Kedudukan produk berkualiti keluaran Ramley diakui oleh para pelanggan sebelum ini. Kewujudan logo dan kenyataan peniaga dalam blog shop beliau mencipta persepsi positif terhadap perniagaannya.

Logo dipercayai= Peniaga papar logo = Perniagaan dipercayai berkualiti


Penggunaan logo komersial perniagaan lain yang diakui berkualiti memerlukan saudara mendapatkan permohonan secara formal daripada pihak yang dimaksudkan. Dalam satu keadaan lain, ia mengukuhkan jenama sedia ada pada masa perniagaan saudara sedang berkembang.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Testimonial teks dan gambar



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana saya mahu tentukan antara testimonial yang baik dan yang buruk?”

Penggunaan testimonial dalam laman blog shop pada bahagian pages atau pun dalam entri produk membantu mengangkat kredibilit produk dan perkhidmatan kita.

Ia memberi kepercayaan kepada pelanggan kerana adanya bukti-bukti sahih yang berpuas hati menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Testimonial juga adalah susunan ayat yang memberitahu mengapa pelanggan mesti membeli.

Jenis-jenis testimonial dibahagikan kepada kumpulan berikut.

  • Testimonial teks dan gambar
  • Testimonial paparan media
  • Testimonial logo
  • Testimonial bergambar

  • Teknik pertama
Testimonial teks dan gambar

Contoh testimonial berserta imej

Dalam blog shop, testimonial dipaparkan dalam dua keadaan. Jenis pertama, testimonial mengandungi foto beserta nama, lokasi dan kedudukan beliau yang relevan untuk dikaitkan dengan produk dan perkhidmatan.

Jenis kedua, testimonial yang mengandungi nama, lokasi, kedudukan beliau tetapi tidak disertakan foto.

Testimonial menggunakan tokoh, selebriti

Kedua-dua kaedah ini membantu menguatkan iklan jualan dalam dua keadaan berbeza.

Testimonial tanpa foto sesuai digunakan bagi individu yang diketahui ramai. Nama individu itu sendiri sudah menggambarkan kredibiliti beliau memberi pandangan terhadap apa yang ditawarkan oleh peniaga terbabit.

Testimonial pengguna produk

Pengguna produk dan perkhidmatan kita adalah individu yang berpengaruh bagi dijadikan bahan untuk testimonial.

Mohon kerjasama mereka memberikan pandangan positif mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang digunakan. Paparan foto mereka memberi sentuhan yang lebih hidup.

Testimonial pengguna produk boleh diperolehi melalui kiriman e-mel bagi mengetahui respon mereka. Mohon izin daripada mereka bagi menggunakan testimonial yang diterima melalui e-mel.

Carian daripada enjin Google juga membantu saudara mengenalpasti apakah respon pembeli produk dan perkhidmatan yang dibeli sebelum ini.

Paparan wajah pada testimonial memberi persepsi positif kepada pelanggan bahawa peniaga yang disyorkan adalah dipercayai.

Testimonial menggunakan foto juga sesuai bagi individu yang tidak dikenali oleh pelanggan tetapi dikenali oleh pengamal industri yang sama.

Dapatkah selebriti hiburan dan golongan politik menjual?

Menurut Razzi Armansur, penggunaan individu sebagai testimonial mempunyai risiko tersendiri. Ini termasuklah menggunakan golongan selebriti hiburan dan ahli politik. Meskipun mereka mempunyai khayalak yang ramai, tetapi ia mempunyai jangka hayat sementara.

Selagi mana artis itu popular, selagi itu beliau mempunyai tarikan kepada para peminatnya. Namun demikian, dalam satu keadaan, isu genuine atau kesahihan dalam testimonial yang diberi menjadi soalan yang perlu dijawab oleh peniaga apabila mereka memberi testimonial.

Dalam kebanyakan isu endorsement atau tajaan produk dan menjadi duta, pemilihan mereka adalah atas dasar populariti, bukan kerana mereka pengguna sedia ada kepada produk dan perkhidmatan tersebut. Tetapi ada kekecualian dalam beberapa keadaan.

Saudara boleh menggunakan testimonial selebriti hiburan jika saudara tidak merancang menjadikan produk dan perkhidmatan sebagai sesuatu yang evergreen atau bertahan lama dalam pasaran.

Kesan destruktif juga mempengaruhi jualan produk dan perkhidmatan saudara apabila menggunakan testimonial ahli politik.

Kedudukan mereka yang terbuka kepada orang ramai mendedahkan mereka kepada naik turun dalam karier. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan saudara juga berhadapan risiko hilang pelanggan apabila isu kepartian pelanggan timbul. Ini berlaku kepada negara yang mempunyai nilai sensitiviti politik yang tinggi.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan bagi kekal neutral. Dalam keadaan ini, penggunaan testimonial orang politik tidak dianjurkan.

Selebriti hiburan dan ahli politik sama-sama berhadapan pendedahan media. Isu skandal dan kontroversi terhadap mereka akan memberi kesan sama kepada produk dan perkhidmatan saudara.

Siapakah selebriti dalam jualan produk dan perkhidmatan di internet?

Beri prioriti kepada pengamal bidang dan pelanggan sedia ada sebagai sumber testimonial. Pengamal bidang adalah penjual produk dan perkhidmatan dalam kategori yang sama atau wakil kepada institusi yang berkaitan. Mereka adalah artis dalam industri ini.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.