Friday, April 23, 2010

Tip Blog Shop | Testimonial media dan logo

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Teknik kedua


Testimonial paparan media

Penggunaan testimonial menggunakan media melibatkan dua kaedah.

  • Pertama, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan kita. Kita mengambilnya sebagai membuktikan ia pernah muncul dalam akhbar dan majalah.
  • Kedua, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan yang sama. Kita hanya mengambil isinya sebagai kepentingan industri dan mesti diambil tahu pelanggan.

Teknik ketiga

Testimonal logo

Testimonial logo pengeluar lain digunakan apabila kita menggunakan bahan daripada pengeluar tersebut.

Katakan seorang peniaga burger membuka blog shop, beliau ingin mempromosikan rangkaian gerai burger bergerak miliknya. Kemudian beliau menghubungi pengeluar roti dan daging burger Ramly bagi meminta kebenaran menggunakan logo beliau pada blog shop.

Dalam blog shop itu, peniaga memberitahu pelanggan,

Roti dan daging burger bermutu daripada Ramley.

Apakah yang dilakukan oleh peniaga burger ini?

Beliau mewujudkan perkaitan antara kualiti produk Ramley dan perniagaannya. Kedudukan produk berkualiti keluaran Ramley diakui oleh para pelanggan sebelum ini. Kewujudan logo dan kenyataan peniaga dalam blog shop beliau mencipta persepsi positif terhadap perniagaannya.

Logo dipercayai= Peniaga papar logo = Perniagaan dipercayai berkualiti


Penggunaan logo komersial perniagaan lain yang diakui berkualiti memerlukan saudara mendapatkan permohonan secara formal daripada pihak yang dimaksudkan. Dalam satu keadaan lain, ia mengukuhkan jenama sedia ada pada masa perniagaan saudara sedang berkembang.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment