Thursday, April 22, 2010

Tip Blog Shop. Bertukar link blog shop dengan peniaga lain

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana saya dapat mempromosikan blog shop saya melalui blog shop orang lain?”

Kita dapat mempromosikan blog shop kita melalui amalan bertukar link dengan rakan niaga lain. Iaitu memohon izin agar blog shop kita dipaparkan di blog mereka. Sebagai pertukaran, kita paparkan blog mereka di blog shop kita.

Ia membantu kita mengurangkan persaingan, menaikkan peluang promosi dan memberi pilihan kepada pengguna.

Pilih blog shop yang berada dalam kategori yang sama tetapi menjual produk yang berbeza. Sebagai contoh, kita menjual perkhidmatan grafik dan senarai link dalam blog shop kita adalah penyedia kad perkahwinan. Begitulah seterusnya.

Bertukar-tukar link dapat dilakukan apabila kita kenalpasti sama ada blog shop tersebut melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Jika tidak ada, emel dan bertanya sama ada peniaga terbabit berminat berbuat demikian.

Kaedah memaparkan link blog shop

Di blogger.com klik layout > Page Element > Add Gadjet yang terletak pada sebelah kanan atau pun kiri bergantung kepada pilihan template.


Satu paparan baru akan muncul. Pilih sama ada blog list atau pun link list bergantung kepada rakan niaga yang mahu kita paparkan di blog. Kita dapat memasukkan kedua-dua pilihan bagi disenaraikan dalam gadjet. Pilih dengan mengklik simbol + berwarna biru.


Mengurus senarai link blog shop menggunakan blog list

Jika kita memilih blog list, paparan ini akan muncul,




1. Title iaitu kita masukkan kategori link yang akan dipaparkan. Misalnya, direktori blog shop, rakan niaga atau pun pautan.

2. Sort iaitu pilihan paparan senarai blog shop sama ada berdasarkan kemaskini blog atau pun secara susunan huruf.

3. Show iaitu jumlah blog shop yang mahu dipaparkan sama ada semua, lima, sepuluh atau pun 25 buah blog shop.

4. Gaya paparan senarai link blog shop sama ada secara icon, tajuk blog shop yang baru dikemaskini, snippet atau paparan sebahagian kecil isi kandungan blog shop yang dikemaskini dan tarikh kemaskini.

5. Add to list iaitu memasukkan url blog shop yang kita mahu paparkan. Satu tetingkap baru akan muncul apabila diklik.

Kita dapat mengemaskini senarai blog shop dari masa ke semasa dengan mengklik pada edit di gadjet yang telah disenaraikan dalam Page Elements.


Ini adalah paparan bagaimana rakan niaga kita akan kelihatan dalam blog shop kita. Tip, adakalanya peniaga menyenaraikan blog shop yang dihasilkan lebih daripada satu agar dipaparkan pada direktori yang dihasilkan.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment