Wednesday, April 21, 2010

Tip Blog Shop | Gantung papan kedai di hadapan blog shop

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



Seorang peniaga bertanya, “Bilakah masa terawal saya dapat memperkenalkan bisnes di blog shop?”

Penggunaan header dalam blog shop membantu kita memperkenalkan perniagaan yang kita usahakan. Sesetengah template memberi kemudahan kepada kita memasukkan imej pada header.

Header adalah tanda perniagaan kita sebagaimana papan tanda yang digantung di hadapan kedai

Di mana letaknya header?



Header terletak di atas blog shop. Sama ada dengan menggunakan teks semata-mata seperti perniagaan Ray Ban Dropship dan R.K Management and Services atau pun teks berserta foto perkhidmatan seperti KL Executive Services.

Kita bebas memilih sama ada mahu memasukkan teks sahaja, imej sahaja atau pun kedua-duanya.

Langkah pertama adalah ke akaun kita di blogger.com, di Dashboard klik Layout


Kemudian kita dibawa ke paparan layout, di bahagian Page Elements klik edit pada bahagian header.


Satu paparan Configure Header akan muncul dan masukkan foto serta teks yang berkaitan. Sesetengah peniaga blog shop membuat imej yang disertakan bersama-sama teks di dalamnya. Kita dapat mengupah mereka yang berkemahiran dalam grafik bagi mencipta imej header yang professional dan kemas sifatnya.




  • Blog Title iaitu masukkan tajuk blog, imej tidak dapat dimasukkan tanpa teks diisi pada blog title. Maklumat ini perlu diisi kerana carian Google memerlukan ia sebagai kata kunci carian di situ.
  • Blog description iaitu menaip secara ringkas deskripsi perniagaan yang kita jalankan di blog shop, sesetengah peniaga memasukkan nombor telefon dan alamat perniagaan.
  • Image iaitu masukkan imej yang berada dalam komputer kita melalui from your computer atau pun daripada mana-mana web melalui from the web.
  • Placement iaitu di mana kedudukan imej hendak dipaparkan sama ada di belakang teks atau sebaliknya. Sekiranya teks di belakang imej, klik instead of title and description. Imej akan dikecilkan secara automatik.
  • Klik save selepas semua selesai dimasukkan. Blog akan dikemasikini secara automatik.

Ini adalah contoh paparan heading yang kita pilih sebagai papan tanda perniagaan blog shop.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment