Tuesday, April 6, 2010

Tip Blog Shop | Gunakan Feedburner memantau pelanggan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



Bertanya peniaga, “Baiklah, kini saya sudah mempunyai posmen yang bernama Feedburner. Bagaimana saya mahu memantau yang pelanggan melanggan blog saya menggunakan Feedburner?”

Andaikan kita kembali ke feedburner.google.com


Kini setelah kita mengaktifkan fungsi Feedburner, paparan hadapan akan berbeza. Klik pada tajuk feed yang dihasilkan tadi. Kita akan dibawa ke paparan seterusnya.

Kelihatan jumlah orang yang melanggan masih kosong, ia memerlukan publisiti agar orang tahu kewujudan blog shop kita dan memaklumkan pada yang lain. Mereka juga akan mendapat maklumat terus ke emel apabila melanggan feed kita.




Paparan seterusnya akan muncul. Di sini kita senaraikan empat fungsi penting yang akan kerap digunakan oleh peniaga di blog shop.


1. Publicize membantu peniaga mempromosikan feed dalam beberapa cara yang dapat digunakan pada blog dan medium lain seperti pada laman web.

2. Feed Stats Dashboard menunjukkan aliran jumlah langganan ke blog dan berapakah jumlah yang diklik pembaca dalam emel mereka.

3. Show stats for.... membantu kita melihat corak langganan maklumat oleh pengunjung blog. Ia dapat diikuti dalam tempoh sehari, sebulan, tujuh hari atau pun semuanya.

4. Subcribers dan Reach akan menunjukkan jumlah orang yang melanggan informasi blog kita dan berapakah purata jumlah emel yang dihantar diklik pelanggan berdasarkan pilihan jumlah hari.

Apabila jumlah pelanggan bertambah, fungsi See More About Your Subscribers akan muncul. Fungsi ini akan menunjukkan dari mana mereka datang sebelum menemui blog shop kita.

Selain itu, fungsi Popular Feed Item juga akan muncul di bawah menunjukkan entri blog shop yang popular yang dibaca dan diklik pelanggan mengikut hari.

Feedburner yang telah digunakan oleh peniaga blog shop akan kelihatan seperti berikut.


Apabila fungsi See More About Your Subscribers diklik satu paparan baru akan muncul memberi maklumat kepada peniaga.



Setiap entri blog shop yang di hantar ke emel pelanggan akan tersenarai. Paparan entri dan jumlah klik pelanggan dapat menentukan populariti entri blog yang ditulis peniaga apabila mereka mempromosi produk dan perkhidmatan.


Di sini peniaga dapat membuat pelan pemasaran dengan mengenalpasti paparan entri mana yang mendapat sambutan pelanggan dan yang sebaliknya.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.


No comments:

Post a Comment