Monday, April 19, 2010

Tip Blog Shop | Agihkan tugas kepada pekerja

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, ”Syukur kepada Tuhan, perniagaan saya di blog shop semakin berkembang. Saya kini mempunyai dua orang pekerja. Adakalanya saya perlu mengagihkan kerja mengemaskini blog shop kepada mereka berdua. Adakah cara dapat membenarkan mereka mengakses blog shop ini tanpa menggunakan akaun Google saya?

Tanda-tanda sibuk mula kelihatan. Peniaga perlu mengagihkan kerja mengemaskini blog shop kepada pekerja yang dipercayai.

  • Langkah pertama di blogger.com klik dashboard > Settings > Permission


  • Kemudian, klik pada Add Authors, masukkan emel dengan diasingkan menggunakan (,)
  • Klik invite dan penerima akan mengesahkan.
  • Emel daripada blogger akan dihantar memaklumkan status keizinan kita kepada pekerja mengakses blog shop agar mereka dapat mengemaskini.
  • Penerima akan mengklik link yang diberi di emel mereka. Akses jemputan hanya berfungsi apabila penerima mempunyai akaun Gmail. Selepas itu mereka dapat mengakses blog seperti biasa melalui blogger.com


Kita dapat mengeluarkan orang yang dijemput pada bila-bila masa di bahagian Settings > Permission > Remove yang terletak pada emel penerima. Sekiranya masih tidak mendapat respon klik pada Invite Again yang terletak pada ruangan yang sama.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment