Tuesday, April 13, 2010

Tip Blog Shop | Memasukkan Video Produk

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya, “Bagaimana caranya saya dapat memasukkan video produk ke dalam blog shop?”

Video produk biasanya digunakan bagi menunjukkan demonstrasi bagaimana sesuatu produk digunakan. Selain itu, kepada peniaga yang mempunyai premis mereka akan merakamkan bangunan premis perniagaan mereka bagi kemudahan pelanggan ke tempat mereka. Jika penyedia perkhidmatan, mereka akan merakamkan aktiviti berkenaan bagi menggambarkan suasana.

Kita tidak memerlukan perakam video canggih bagi merakam. Kamera digital yang mempunyai fungsi rakaman video dapat digunakan bagi tujuan ini.

Cara memasukkan video produk dan perkhidmatan adalah seperti berikut.

Di bahagian Posting > New Post klik pada ikon add video



Satu tetingkap baru akan muncul. Masukkan video pilihan yang berada dalam komputer dengan mengklik browse. Format video yang diterima ialah AVI, Quick Time, Real dan Windows Media. Maksima adalah 100 MB.


Selepas itu masukkan tajuk pada video title. Klik pada I agree to the.... dan klik upload video.

Kemudian video itu akan melalui proses upload sehingga ia selesai. Kita dapat menentukan kedudukan video sama ada di kiri, kanan atau pun tengah pada entri blog shop. Kita dapat mengemaskini entri dengan terus menulis maklumat ketika proses upload berlaku.


Elak daripada menutup tetingkap entri ini kerana ia akan memutuskan proses upload tadi.

Perkara menarik ialah kita dapat menentukan saiz video yang mahu dipaparkan pada entri blog shop. Klik pada video dan ubah saiz mengikut keperluan.

Selesai memasukkan teks dan video klik publish post. Paparan pada entri blog akan kelihatan. Pelanggan hanya perlu mengklik simbol segitiga play bagi menonton.

Kita digalakkan memuat turun video dalam temph masa kurang daripada tiga minit bagi menjaga tumpuan pelanggan. Ini juga sebagai mengurangkan risiko kelewatan video dimainkan berdasarkan kualiti kelajuan internet.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment