Monday, April 5, 2010

Tip Blog Shop| FAQ menaikkan keyakinan pelanggan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya, “Bagaimana saya dapat pastikan semua soalan pelanggan terjawab tanpa perlu saya menjawab setiap satu emel dengan jawapan yang sama berkali-kali?”

Frequently Asked Question atau senarai soalan yang sering ditanya adalah salah satu fungsi yang dapat membantu pelanggan. Dalam mana-mana perniagaan, terdapat soalan-soalan khusus yang diajukan sama ada pelanggan mahupun rakan pembekal kita.

Ambil sehelai kertas putih dan senaraikan semua soalan yang berkaitan dengan perniagaan yang kita perkenalkan kepada pelanggan.

Kita tulis dahulu semua soalan sebelum menjawab satu persatu. Bagi mendapatkan soalan-soalan ini kita dapat memperolehinya daripada sumber-sumber berikut.

  • Pertama soalan datang daripada diri kita sendiri sebagai penjual. . Ia datang daripada pengalaman kita yang pernah menggunakan dan menjual produk itu.
  • Kedua, soalan daripada blog-blog lain yang membincangkan hal yang serupa. Lakukan carian di blog-blog lain berkenaan produk atau perniagaan yang sama. Lihat pada ruangan komen pada entri-entri blog peniaga lain. Dari situ kita mengetahui soalan sebenar daripada pelanggan
  • Ketiga, kita ajukan kepada rakan-rakan dalam rangkaian sosial seperti Facebook. Ini dapat dilakukan dengan melontarkan soalan ringkas dalam status Facebook. Biarkan rakan-rakan memberi respon. Atau pun buka ruangan Discussion atau pun Notes dalam Facebook bagi mendapatkan maklumbalas.
  • Keempat adakan soal kaji selidik menggunakan Google Docs bagi mendapatkan respon mereka yang turut serta.

Dalam blog, wujudkan satu halaman khas bagi memudahkan kita dan pelanggan membaca senarai soalan dan jawapan yang disediakan.

Tutup senarai jawapan pada soalan dengan perkataan ini, kembali ke laman utama atau pun home.

Sebagai contoh teks dalam halaman FAQ di blog.

-----
Bagaimana bagi memastikan produk yang dihantar dalam kualiti yang baik?

Bungkusan produk menggunakan kotak yang mempunyai tiga lapis yang akan menyerap ketahanan akibat terjatuh atau pun terhentak akibat kecuaian dalam proses penghantaran.

Kembali
-----

Cara meletakkan link pada perkataan kembali di ruangan FAQ

  • Gerakkan kursor dan pilih perkataan yang ingin dipautkan ke laman utama
  • Klik ikon link yang tertera pada Blogspot.
  • Satu tetingkap baru muncul, masukkan alamat blog kita. Kemudian klik OK

Perkataan kembali atau pun home diulang pada setiap jawapan untuk setiap soalan yang disediakan.

Klik imej bagi paparan lebih jelas

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment