Saturday, April 17, 2010

Tip Blog Shop , Jadikan pelanggan selesa membeli

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana caranya saya dapat memastikan pelanggan kekal selesa melayari blog shop saya?”

Berdasarkan respon terdapat perkara yang mengekalkan tumpuan pelanggan berada dalam blog shop. Dari pelanggan bertukar menjadi pembeli adalah perkara yang kita utamakan.

Berikut merupakan senarai semak bagi membantu mengurus tempoh masa pelanggan berada dalam blog.

  • Penggunaan Bahasa Melayu baku menggunakan ejaan yang betul dan tidak ada kesilapan ejaan mempermudahkan pelanggan membaca dan memahami mesej promosi produk.
  • Mesej yang selari dengan paparan produk. Apa yang disampaikan adalah gambaran sebenar produk tanpa penerangan yang berlebihan sehinggakan kelihatan produk dan perkhidmatan tersebut terlalu sempurna sifatnya.
  • Digalakkan peniaga blog shop memfokuskan satu kategori produk bagi setiap blog. Tidak bercampur aduk sehinggakan pelanggan tidak dapat mengaitkan perniagaan kita dengan kumpulan produk tertentu. Blog akan dilihat sebagai pasar berbanding blog niche.
  • Susun atur blog mudah diikuti pelanggan. Ini termasuklah susunan entri produk, pelabelan, maklumat asas peniaga, cara pembayaran dan maklumat yang relevan yang dapat membantu pelanggan membuat keputusan pembelian.
  • Tidak menggunakan latar lagu yang menjadikan pelanggan segera menutup blog berkenaan. Sesetengah lagu menjadi punca pelanggan tidak fokus kepada produk, sebaliknya fokusnya kepada lagu terbabit.
  • Dalam satu kes kajian kami melibatkan seorang pelanggan, beliau mengakui melayari sebuah blog shop kerana mahu mendengar lagu yang sukar dicarinya tanpa membuat sebarang pembelian. Dalam satu keadaan, lagu menyebabkan pelanggan segera membuat pembelian tanpa memberi lebih masa membuat keputusan pembelian pada waktu sama.
  • Memaparkan foto yang jelas, tidak kabur dan tidak diganggu latar belakang yang pelbagai yang mengganggu fokus produk terbabit.
  • Mudahkan pelanggan melihat produk sama ada kaedah skrol itu dari atas ke bawah. Tentukan jumlah entri yang dapat mempercepatkan blog shop dipaparkan di internet. Cadangan jumlah entri bagi setiap halaman adalah sepuluh buah entri.

Di Blogger.com, klik Setting > Formatting > tentukan jumlah entri di Show at most. Kemudian klik Save Setting di bawahnya.


  • Tidak menggunakan animasi flash dan imej yang tidak ada kaitan dengan produk. Ini termasuk penggunaan perkataan beranimasi yang bergerak, bertukar warna dan seumpamanya. Flash dan imej atas tujuan mencantikkan blog menjadi sebab paparan blog menjadi berat dan lambat dipaparkan. Tempoh menunggu adalah waktu terbaik pelanggan menutup blog itu.

Adakah Tuan dan Puan mempunyai idea lain menyebabkan pelanggan lari daripada blog shop selain daripada alasan di atas.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment