Seorang peniaga berkata, “Saya gembira kerana kini mempunyai blog shop sendiri. Mohon tunjukkan cara saya mahu menghantar entri berkenaan produk saya ke dalam blog.”
Kini kita sudah memiliki blog shop sendiri. Pastikan username dan password telah disimpan dengan baik. Sekarang kita bermula memperkenalkan kepada khayalak kaedah menghantar entri ke dalam blog shop.
Kita dapat menghantar entri pertama dengan mengklik start blogging apabila kita baru selesai mendaftar di blogger.com.
Pada masa akan datang, kita dapat mengemaskini entri dengan cara ini. Layari blogger.com, masukkan username dan password, klik sign in.
Kita akan dibawa ke bahagian dashboard, klik new post.
Terdapat beberapa fungsi tertera pada bahagian new post. Fungsi adalah mengikut nombor berikut.
1. Title bagi masukkan tajuk entri kita sama ada nama produk, senarai produk terbaru pada hari itu.
2. Font adalah jenis huruf bagi paparan pada teks.
3. Text Size adalah saiz huruf pada teks.
4. Bold menebalkan perkataan atau teks pilihan.
5. Italic menukarkan perkataan pada paparan normal kepada bersifat italic.
6. Text Color memberi pilihan warna pada teks.
7. Link memautkan perkataan kepada sumber lain di internet sama ada foto di internet, blog dan laman web.
8. Align left, right, center, justify menentukan paparan teks sama ada ke kiri, kanan , tengah atau pun selari.
9. Numbered list, Bulleted list membantu kita menyenaraikan teks dalam bentuk bullet atau pun bernombor.
10. Block Quote menjadikan teks pilihan dalam bentuk paparan berbeza dari teks lain.
11. Check Spelling menyemak kesalahan ejaan dalam bahasa Inggeris
12. Add image membantu kita memasukkan foto simpanan ke dalam blog shop.
13. Add video membantu kita memasukkan rakaman video ke dalam blog shop.
14. Remove formative form selection membuang kod HTML yang akan mengganggu format teks yang dihantar sebagai entri blog. Pilih keseluruhan ayat dan klik fungsi ini.
15. Edit HTML membantu kita memasukkan sebarang fungsi lain ke dalam entri yang ditulis, misalnya memasukkan kod HTML video daripada YouTube ke dalam entri.
16. Preview memberi paparan sebenar entri apabila ia dipaparkan kepada pembaca.
17. Post Option memberi pilihan kepada kita mengawal paparan komen pada entri yang tersiar dan juga pilihan tarikh dan masa entri untuk disiarkan.
18. Labels for this post memudahkan kita mengkategori entri berdasarkan label tertentu. Apabila entri diklik berdasarkan label, semua entri akan dipaparkan berdasarkan label itu.
19. Publish Post bertindak menyiarkan entri ke dalam blog.
20. Save Now berfungsi menyimpan entri dari masa ke semasa ketika entri ditulis.
Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------
Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.
No comments:
Post a Comment