Tuesday, April 6, 2010

Tip Blog Shop | Mudahkan pelanggan melihat entri terdahulu

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



Peniaga bertanya, “Adakah apa-apa cara kita dapat membantu pelanggan melihat senarai entri dalam blog shop kita tanpa perlu beralih ke laman lain satu persatu? Ini pasti mengambil masa mereka.”

Ini adalah soalan peniaga yang prihatin. Memudahkan pelanggan akan meninggikan peluang pembelian. Selalunya berlaku apabila pelanggan perlu skrol ke bawah dan mengklik to older post bagi melihat senarai produk dalam blog shop.

Sekali lagi, gunakan Feedburner bagi memudahkan pelanggan. Aktifkan fungsi BuzzBoost.

Masih ingat lagi di mana?

Klik Publicize > BuzzBoost



Selepas itu kemaskini maklumat agar mendapat paparan entri yang dikehendaki.



1. Number of items to display menyenaraikan jumlah entri yang mahu dipaparkan pada feed untuk bacaan umum. Minimum paparan ialah sejumlah tiga entri dan tidak ada had maksimum. Dicadangkan agar peniaga memilih sekitar tiga sehingga sepuluh paparan entri sahaja.

2. Open links in memberi pilihan kepada kita sama ada ia dipaparkan pada tetingkap baru atau pun pada laman yang sama apabila entri diklik pelanggan. Sekiranya kita tidak mahu paparan utama blog terganggu, pilih New Window. Sekiranya mahu ia muncul pada laman yang sama, pilih Same Window.

3. Display Feed Title adalah tajuk pada feed. Tajuk dapat ditukar berdasarkan kesesuaian kita.

4. Display Item Content adalah pilihan siaran entri sama ada dalam bentuk teks (plain text) atau mengandungi kod HTML. Pastikan kotak ditanda bagi mengaktifkan fungsi ini.

Selain itu jumlah patah perkataan dalam setiap petikan yang mahu dipaparkan. Kita diberi pilihan sama ada 20, 50, 100 patah perkataan atau paparan entri teks penuh. Digalakkan pilih paparan yang menggunakan 20 patah perkataan bagi setiap entri.

5. Display Item Publication adalah pilihan tarikh entri dalam enam format berbeza. Selain itu kedudukan tarikh sama ada di atas ataupun di bawah entri. Tandakan pada petak sekiranya mahu ia dipaparkan.

6. Activate diklik selepas semuanya telah dikemaskini.


Selepas fungsi Acitvate diklik, paparan baru akan muncul iaitu di Your BuzzBoost Is Ready. Pilih Blogger pada bahagian Use as a widget in dan kemudian klik Go.




Sebagaimana kita mengaktifkan Headline Animator dalam bab terdahulu, proses yang sama akan berlaku apabila kita mahu memasukkan BuzzBoost ke dalam blog shop kita.

Kita dibawa ke Blogger, Pilih blog dan berikan tajuk baru di bahagian Title sama ada ayat Dapatkan maklumat terbaru, Informasi Terkini atau pun Pilihan Kami. Bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian blog shop milik kita.

Selepas itu klik Add Widget.


Kedudukan BuzzBoost akan kelihatan pada bahagian Layout > Page Elements > Add a Gadget.


Kedudukan BuzzBoost dapat diubah sama ada berada di atas atau pun di bawah berdasarkan keperluan kita.

Selepas itu klik save dan paparan pada blog shop akan kelihatan seperti dalam screenshot.



Klik imej bagi paparan lebih jelas.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment