Wednesday, April 14, 2010

Tip Blog Shop | Papar entri blog mengikut tarikh berbeza

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Saya seorang yang sibuk, perlu mengurus stok, melakukan penghantaran dan memberi maklumbalas kepada pelanggan. Saya mahu blog shop saya kelihatan aktif dan dikemaskini pada tarikh tertentu secara berkala. Dapatkah blogger.com lakukan?

Ya, blogger.com dapat membantu kita menyediakan entri-entri produk yang muncul pada tarikh tertentu secara automatik.

Ini bermakna kita dapat memperuntukkan sehari bagi memasukkan banyak entri tetapi diset kepada tarikh berbeza.

Kita kembali ke Posting > New Post > Post Options


Pada bahagian Post and time masukkan tarikh bermula dari bulan, hari dan tahun, kemudian masukkan masa entri itu mahu disiarkan dalam blog shop. Kaedah ini dapat dilakukan pada entri-entri lain. Berkemungkinan kita mahu entri ini disiarkan dua hari selepas dipublish, maka masukkan tarikh berselang dua hari itu di bahagian yang tersedia. Begitulah seterusnya.

Selepas itu klik publish post.

Pada bahagian Edit Post akan kelihatan semua entri yang tersiar. Kita dapat melihat senarai entri yang sudah disusun tarikhnya untuk disiarkan pada tarikh tertentu dengan mengklik Scheduled.


Selepas ini kita dapat menumpukan kerja memasukkan entri-entri produk dalam masa sehari dengan menganjakkan tempoh paparan. Hanya dengan menukar tarikhnya sahaja. Kita akan kelihat seperti peniaga yang aktif kerana aktiviti kemaskini blog yang berlaku secara sistematik yang dilihat oleh pelanggan.

Jika kita mahu mengubahsuai tarikhnya hanya ke posting > Edit Posts > klik edit bersebelahan tajuk entri yang mahu dikemaskini semula.





Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment