Friday, April 9, 2010

Tip Blog Shop | Mengapa berblog shop menggunakan Blogger

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya soalan paling sukar dijawab, “Apakah itu blog shop?”

Soalan yang sukar dijawab ini dibalas dengan senyuman.

Blog shop adalah blog yang dihasilkan bagi tujuan menjual produk dan perkhidmatan. Ia bermula daripada sebuah blog tulisan jurnal peribadi yang kemudian diubah menjadi tempat berjual beli.

Blog shop adalah sesuatu yang dikemaskini dari masa ke semasa. Setiap kali adanya produk baru, entri baru ditulis dan akan berada di kedudukan teratas sekali. Bahan blog shop bertambah atas keperluan peniaga. Pelanggan dapat melihat produk dan perkhidmatan terbaru melalui kemaskini blog oleh peniaga.

Blog shop memberi peluang kepada pelanggan memberi komen pada setiap entri yang memaparkan produk dan perkhidmatan. Ini akan memberi gambaran awal sama ada produk itu mendapat sambutan atau terdapat isu lain berkaitan produk dapat diketahui melalui ruangan komen.



Peniaga bertanya, ”Mengapa kita digalakkan menggunakan perkhidmatan blogger.com berbanding perkhidmatan blog yang lain?”

Menggunakan blogger.com memberi kelebihan kepada pemula. Khususnya mereka yang tidak mempunyai asas membina blog. Fungsi yang ada dalam blogger.com adalah bersifat mesra pengguna dan mudah diuruskan.

Melainkan apabila kita sudah mahir menggunakan blogger.com, kita dapat mencuba perkhidmatan penyedia blog lain berdasarkan keperluan kita.

Peniaga bertanya, ”Apakah kelebihan menggunakan blogger.com bagi membuka blogshop kita?”


  • Percuma dan kekal berkualiti



Blogger.com pernah dilihat sebagai tidak berpotensi menjadi ruang jual beli kerana sifatnya yang percuma dianggap tidak berkredibel dan tidak berkualiti.

Apabila berlakunya satu demi satu jualan dalam blog shop yang menggunakan perkhidmatan ini, ia menjadi viral yakni aktiviti ini merebak.

Sifatnya yang percuma tidak menentukan kualiti melainkan amalan peniaga itu sendiri memperkenalkan perniagaan mereka.

  • Kelebihan akses bekerja dalam kumpulan


Blogger.com dapat digunakan secara individu atau pun berkumpulan. Katakan kita bermula mengendalikan blog shop secara individu, lambat laun kita akan mempunyai rakan kerja atau pun kakitangan yang diupah bagi menguruskan blog shop yang makin berkembang. Maka blogger.com memberi kita kemudahan akses menambah entri di blog shop kita secara individu dan berkumpulan.

Blogger.com memberi kebenaran seramai seratus orang untuk mengakses dan menulis.

  • Kelebihan menemukan mereka yang punya persamaan


Blogger.com mempunyai ruangan profile yang dapat diakses oleh blogger lain dan mesra sistem carian setempat yang mereka sediakan. Ini akan membantu pelanggan mencari blog shop kegemaran mereka dan peniaga dalam blog lain dapat mencari perniagaan lain yang dapat bekerjasama dengan mereka.

  • Kelebihan membina rangkaian


Blogger.com memberi kelebihan bagi membina rangkaian dengan pelanggan dan peniaga lain. Ruangan komen yang disediakan pada setiap entri adalah interaksi awal kita dengan mereka. Rangkaian sosial ini penting bagi memastikan blog shop kita disedari ramai dan menjadi tumpuan.

  • Kemudahan menaikkan foto dalam blog mudahkan jualan



Blogger.com memberi kemudian klik dan muat naik foto produk dan perkhidmatan ke dalam blog kita. Malah blogger.com dapat memasukkan foto kita yang disimpan dalam ruangan lain di internet.

Foto menjadi perkara penting kepada peniaga blog shop. Maka fungsi ini amat membantu dari segi mempercepatkan peniaga menunjukkan produk kepada pelanggan di internet.

  • Wajah blog shop diubah mengikut identiti bisnes


Blogger.com memberi kemudahan kepada kita menukar template atau wajah blog mengikut identiti bisnes kita. Ini bergantung kepada kemahiran kita mencari template yang bersesuaian serta kemahiran HTML.

Namun demikian, sebagai pemula ia tidak menjadi masalah menggunakan blogger.com kerana mereka menyediakan template asas yang mudah diurus dan ringkas. Ia sesuai bagi menonjolkan produk dan perkhidmatan kita.


  • Kelebihan drag and drop page elements


Blogger.com memahami kesukaran peniaga mengurus susun atur blog shop mereka. Maka fungsi drag and drop page elements memudahkan tugas menambah dan menyusun fungsi blog dengan kaedah klik dan tarik ke mana ia perlu dibawa dalam template blog.

  • Menjimatkan masa mengurus perniagaan

Blogger.com tidak kompleks dan mesra peniaga. Isu masa adalah penting kepada peniaga bagi menyegerakan produk dan perkhidmatan berada di blog shop dan proses jual beli dilakukan segera agar produk keluar dari stok.

  • Dapat ditemui enjin carian Google dan Yahoo

Blogger.com tidak asing kepada enjin carian seperti Google dan Yahoo. Mana-mana carian dilakukan oleh kedua-dua enjin carian ini akan menyenaraikan sumber daripada blog yang dikemaskini dan mempunyai kata carian yang dicari pengguna.

  • Mesra aplikasi tambah nilai lain


Blogger.com memberi ruang kepada penambahan aplikasi lain luar daripada perkhidmatan blogger.com. Ini memberi nilai tambah kepada peniaga bagi mendapatkan aplikasi-aplikasi lain agar dapat dimasukkan ke dalam blog selagi mana ia memudahkan pelanggan. Ia bersifat fleksibel.

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment