Wednesday, April 7, 2010

Tip Blog Shop | Hantar emel pada waktu menggembirakan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana caranya saya dapat memilih waktu yang sesuai bagi memastikan emel entri blog shop yang dihantar kepada pelanggan tidak mengganggu waktu sibuk mereka?”

Secara mudah, di Feedburner kita boleh menetapkan masa agar pelanggan tidak terganggu dengan kiriman emel kita yang diterima selepas melanggan blog shop.

Peniaga-peniaga di internet mencadangkan dua masa yang bersesuaian bagi menghantar emel kepada pelanggan.

Pertama, pada waktu awal pagi sebelum waktu sibuk, bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Rasional masa ini dipilih kerana waktu tengah hari adalah waktu membuat pembayaran produk pesanan yang dilihatnya pada waktu pagi.

Kedua, pada waktu lewat petang. Bermula jam 7.00 malam sehingga 9.00 malam. Rasional masa ini dipilih kerana ini adalah waktu pelanggan berada di rumah berehat dan masih dalam keadaan aktif sebelum masuk ke zon rehat panjang yang akan mengurangkan aktiviti di internet.

Di Feedburner, klik Publicize > Email Subscriptions > Delivery Options



1. Select Timezone pilih zon masa (GMT+8:00) Kuala Lumpur, Singapore.
2. Schedule Email Delivery memberi kita pilihan waktu penghantaran seperti berikut.

Selesai memilih zon masa dan waktu penghantaran, klik Save. Sistem akan menghantar emel entri blog shop pada waktu yang ditetapkan.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment