Wednesday, April 28, 2010

Tip Blog Shop | Cas kuasa fitrah dalam perniagaan

“Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buat untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” Maksud surah al Ankabut ayat 45

Petua terakhir menjadi pedoman umum bagi kita mudah mengaplikasi dan mengingati tip-tip yang diberikan dari muka surat pertama sehingga ke halaman ini. Ia adalah kesimpulan apa yang kami kongsikan.

Tip akhir ini bersifat personal dan sangat kena pada diri kita. Ia dipanggil sebagai fitrah. Cas kuasa fitrah ketika kita mengurus blog shop dan kekal dalam usaha ini. Kenali fitrah agar kita dapat memaksimakan potensi diri.

Apakah itu fitrah. Ia disebut oleh Tuhan,

"Maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah. Allah telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Maksud surah al Rum ayat 30.

Dalam tafsir al Quran, fitrah diberi erti agama. Kembali kepada agama bermaksud kembali kepada sistem yang mengimbangi potensi manusia dengan mengakui potensi diri ini adalah milik Tuhan.

Peniaga blog shop yang bersikap merendah diri kepada Tuhan menjadikan beliau setinggi-tinggi di sisinya. Rendah hati inilah yang meninggikan kedudukan.

Berusaha mengurus perniagaan bagi membina kerjasama yang baik dan membina tapak mencari rezeki halal secara langsung meletakkan Tuhan sebagai gol peribadi dan diurus sebaik-baiknya.

Elemen-elemen fitrah yang saling berkait menjadikan pendekatan mengurus bisnes melalui blog shop memerlukan elemen berikut.

  • F untuk Fikiran

Fikiran menjadi tool yang mencipta pendekatan dan idea bagi diterjemah kepada bentuk tindakan ketika mengurus perniagaan blog shop. Fikiran adalah hasil daripada proses pemerhatian melalui penggunaan panca indera. Maklumat dalam otak diproses kemudian mencanai idea-idea yang dizahir bagi mengurus ruang dan peluang bisnes.

Kedudukan fikiran di tengah-tengah lingkaran menunjukan ia sebagai pusat aktiviti manusia.

  • I untuk inspirasi

Inspirasi atau role model sebagai ikutan bagi mencari strategi mengurus blog shop. Apabila kita mempunyai role model ketika mempelajari cara mengurus blog shop, kita akan belajar kaedah-kaedah yang digunakan dan diadaptasi dalam situasi bisnes yang dilalui hari ini. Memilih role model membantu mempercepatkan penguasaan skil.

Role model merupakan contoh hidup bagaimana disiplin dan teknik mengurus perniagaan.

  • T untuk teknik

Mengurus blog shop mempunyai teknik tersendiri. Teknik menjadi peraturan yang perlu diikuti oleh peniaga ketika membuka perniagaan blog shop.

Teknik mempermudahkan kita dan menyelesaikan kerja secara teratur. Ada yang tidak gemar kepada peraturan. Seolah-olah peraturan menyekat dan memberi had kepada tindakan kreatif.

Bayangkan permainan catur tanpa peraturan. Bayangkan bidak catur pawn boleh sesuka hati bergerak seperti queen. Bagaimana pula bidak catur knight atau kuda tidak perlu bergerak dalam gerakkan berbentuk L. Di mana keseronokan permainan ini jika tidak ada peraturan permainan.

Peraturan menjadikan kita lebih kreatif bertindak dalam had yang diberi. Saudara mempunyai kuasa kreatif ketika mengurus perniagaan.

R untuk Respon

Respon adalah maklum balas kepada tindakan yang kita pilih dalam mengurus perniagaan melalui blog shop.

Respon memberitahu sama ada yang pendekatan diterima atau memerlukan perubahan bagi meningkatkan momentum perniagaan di blog shop. Respon diberi pada peringkat permulaan, pertengahan dan akhir.

Ia disampaikan oleh pelbagai individu melibatkan pelanggan dan rakan perniagaan. Respon meningkatkan daya pengaruh perniagaan blog shop melalui penambahan input-input baru dari satu peringkat ke satu peringkat lagi.

Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. Maksud surah al Nahl ayat 43

  • A untuk aplikasi

Ilmu tanpa amal sepert sebiji epal yang cantik di luar tetapi apabila dimakan, tiada manisnya. Aplikasi secara berperingkat setiap tip-tip memberi kelegaan kepada saudara bagi mencapai kejayaan-kejayaan kecil ketika mengurus blog shop.

Setiap kejayaan kecil adalah tangga-tangga ke kemuncak menjadi peniaga kecil berpengaruh yang mampu mengemudi perniagaan dengan cara tersendiri.

Raikan kejayaan kecil daripada hasil yang kita perolehi. Menjadi sumber rujukan dan berpengaruh dalam mengurus perniagaan adalah gabungan usah-usaha kecil yang konsisten.

Ia menjadikan tindakan serta pilihan kita sebagai sesuatu yang bersifat matang dan menimbulkan hormat pelanggan.

Mengamal ilmu secara berperingkat adalah cara disarankan agar kita mudah mengamalkan pengetahuan sedikit demi sedikit sehinggalahdapat menguasai secara keseluruhan.

Janganlah kamu tergesa-gesa membaca al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu. Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." Maksud surah Thaha ayat 114

  • H untuk Hamba

Faktor H untuk hamba berada di luar lingkaran kerana ia bertindak sebagai pengimbang peranan diri sebagai seorang peniaga blog shop. Ia berada di luar lingkaran dalam model fitrah kerana ia mengawal kelima-lima elemen lain.

Kita berfikir dan bertindak sebagai hamba bagi mendapat keberkatan. Keberkatan digerak melalui doa keluarga, pelanggan dan rakan niaga, redha ibu bapa, pembersihan hati melalui zikir, mencipta sangka baik terhadap Tuhan dan melihat ujian dalam perniagaan kecil sebagai cara mengukuhkan jiwa.

Doa adalah ciri yang mengikat hubungan kita dan Tuhan. Doa melibatkan permohonan kita agar menjadi peniaga di blog shop yang bermanfaat, mempermudah laluan rezeki yang halal dan menjadi amalan yang diterima Tuhan.

Elemen hamba adalah elemen yang tidak lari daripada membincangkan mengenai Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan, mengakui kewujudan dan bersedia memenuhi komitmen kepada Tuhan mempunyai pengaruh terhadap keseimbangan emosi, intelek dan iman.

Tidak dijadikan manusia dan jin kecuali untuk menyembah Allah.
Maksud surah al Dzariyat ayat 56

Ini membuktikan ketiga-tiga unsur iaitu kecerdasan intelek (IQ) yang beroperasi di bahagian otak bernama neocortex, kecerdasan emosi (EQ) yang digerakkan oleh lymbic system dan kecerdasan spiritual atau kecerdasan iman yang dipanggil SQ (spiritual quotient)

Potensi peniaga adalah terhad dan dikembangkan melalui bantuan Tuhan. IQ, EQ dan SQ sama-sama berperanan dan bekerja dengan ritma tersendiri. Kajian mendapati otak manusia dicipta dengan satu fungsi yang dinamakan God Spot.

Pada tahun 1995, di Universiti California, pengkaji bernama V.S Ramachandran telah menemui satu fungsi saraf dalam otak yang dinamakan God Spot pada lobus temporal. Ia adalah fungsi otak ketiga yang mencari sebab mengapa manusia dijadikan, berbuat sesuatu yang baik terhadap diri dan orang lain serta segala macam persoalan mengenai hala tuju hidup.

Ini termasuk menjadikan amalan perniagaan blog shop sebagai satu amal baik kerana Tuhan.

Sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah dengan berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak mereka bersedih hati. Maksud surah al Baqarah ayat 112

Sebagai kesimpulan buku ini, kuasa fitrah seorang peniaga blog shop menjadikan

  • Fikiran sebagai alat yang mencetus pelbagai idea awal bagaimana blog shop perlu diuruskan secara baik dan teratur.
  • Inspirasi iaitu mencari peniaga blog shop lain sebagai model untuk ditiru dan dijadikan rujukan.
  • Teknik yang betul bagi menjaga proses perniagaan yang halal, mengurangkan kos dan menambah potensi.
  • Respon bagi memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kaedah yang berkesan.
  • Aplikasi iaitu menukarkan pengetahuan kepada tindakan dalam mengurus blog shop.
  • Hamba iaitu memahami perniagaan di blog adalah satu lagi amal baik dengan niat kepada Tuhan dengan menjadikan perniagaan kita memudahkan pelanggan dan memberi rezeki halal sebagai dorongan membuat kebaikan.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Monday, April 26, 2010

Tip Blog Shop | Idea bisnes cara Abraham Maslow

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Adakah sebarang panduan menjana idea bisnes yang pernah digunapakai dalam perniagaan di internet?

Ada. Satu formula mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang bersesuaian telah didedahkan dalam Internet Marketing for Dummies, mereka mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang memenuhi teori Abraham Maslow iaitu Hierarki Keperluan Maslow.

Dalam teori yang diketengahkan oleh Abraham Maslow, manusia akan cuba memenuhi lima peringkat iaitu

  • Keperluan fisiologikal seperti rumah, pakaian dan tempat tinggal
  • Keperluan keselamatan seperti kit kecemasan, perubatan, tempat yang selamat.
  • Keperluan sosial seperti rakan-rakan dan teman hidup.
  • Keperluan penghargaan diri seperti lambang jawatan menunjukkan kejayaan, jenis kereta dan pakaian menggambarkan status dan hiasan rumah melambangkan gaya hidupnya.
  • Kesedaran kendiri iaitu sesuatu yang melibatkan keagamaan dan unsur jiwa.

Bagaimana peniaga memperkenalkan produk dan perkhidmatan di internet menggunakan teori Abraham Maslow.

Lihat pada jadual di bawah.

Keperluan fisiologi

Perkhidmatan rumah untuk disewa
Menjual makanan kesihatan
Menjual pakaian lelaki dan perempuan
Menjual pakaian kanak-kanak dan bayi

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan keselamatan

Menjual dan memasang penggera dan CCTV
Menjual penyembur lada sulah untuk wanita
Menjual kit pertolongan cemas
Penggera kenderaan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan sosial

Perkhidmatan sms melalui internet
Perkhidmatan portal cari jodoh
Kelab berdasarkan kemahiran
Program dan bengkel sehari
Keahlian spa dan program kuruskan badan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Keperluan penghargaan diri

Menjual dompet berjenama
Menjual koleksi pakaian berjenama
Menjual akseori wanita eksklusif
Khidmat dekorasi rumah
Menjual produk antik
Mereka hiasan kreatif dan lanskap

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________


Kesedaran kendiri

Menjual produk haji dan ibadah
Menjual buku motivasi kendiri
Seminar dan motivasi kehidupan

Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________
Lain-lain (nyatakan) _________________




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Pilih dan jual produk sekarang

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, "Dari mana datangnya produk dan perkhidmatan di internet?"

Jika kita bercadang menjual produk dan perkhidmatan di internet, ia datang melalui pelbagai cara. Kita dapat memilih mana-mana cara berikut bagi menjalankan perniagaan pertama kita di blog shop.

  • Produk dan perkhidmatan diusahakan sendiri.
  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.
  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop.
  • Produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Perniagaan di internet mempunyai prinsip bisnes tersendiri. Kepada mereka yang pertama kali terjun ke dunia perniagaan di internet, kata-kata usahawan internet tempatan iaitu Adly Mukhtar dapat dijadikan gol kecil untuk dicapai.

Kata Adly, ”Dalam perniagaan internet, dapatkan seringgit yang pertama. Ya, seringgit yang pertama. Dari nilai yang kecil ini kita akan melihat lebih banyak jalan untuk menambah nilai sedia ada.”


Produk dan perkhidmatan sendiri

Produk dan perkhidmatan sendiri melibatkan apa yang kita sudah usahakan sebelum ini. Kita memanjangkan potensi produk dan perkhidmatan yang kita usahakan ke dalam blog shop.

Misalnya, kita mempunyai kemahiran menghasilkan grafik kad perniagaan dan poster, kita dapat menawarkan kemahiran itu kepada pelanggan melalui blog shop. Jika kita mempunyai kemahiran memperbaiki telefon bimbit, kemahiran itu dapat diuar-uarkan melalui blog shop.

Misalnya, Boonga Studio yang memperkenalkan kasut dengan hiasan yang dihasilkan sendiri. Pelanggan akan memilih kasut yang mempunyai corak pilihan mereka daripada blog shop ini.


Bagi peniaga kuih karipap ini, beliau memfokuskan kepada memperkenalkan gerai jualan karipap beliau sebagai promosi di blog shop.



Jika kita mempunyai produk yang berpotensi dijual, gunakan blog shop bagi memperkenal dan menjual produk itu. Katakan kita mempunyai barang-barang terpakai yang masih elok dan dapat dijual. Tawarkan barang-barang tersebut di blog shop.



Blog shop Jom Sewa Buku menawarkan pilihan buku beliau yang sudah dibaca bagi disewakan kepada orang lain. Sekiranya ada sesuatu yang kita mahu ia diasingkan dari rumah, cubalah menjual barangan terpakai yang masih berfungsi pada harga murah.

  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.

Hubungi peniaga online yang sedia, bertanya sama ada kita dapat menjadi satu lagi pengedar produk beliau secara online. Sama ada peniaga itu berniaga menggunakan blog shop atau pun melalui laman web, kedua-duanya mempunyai peluang yang sama.

Biasanya, peniaga online sedia ada akan memberikan harga pengedar kepada kita. Harga produk jualan yang terpapar akan sama seperti mana laman web atau blog shop peniaga terbabit.

Sesetengah memperkenalkan kaedah kita jual, mereka hantar. Iaitu pesanan dan pembayaran akan melalui kita, pesanan tersebut dimaklumkan kepada mereka. Kemudian bayaran harga produk selepas ditolak harga pengedar akan dimasukkan ke akaun peniaga asal. Penghantaran akan dilakukan oleh mereka.

Bagi memperolehi idea dan maklumat peniaga-peniaga yang menjual melalui internet, kunjungi ekspo perniagaan dan kenalpasti peniaga-peniaga yang sudah mula menjual melalui online atau layari direktori perniagaan yang mudah dicari di internet.

  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop

Dalam satu sesi yang saya kendalikan dalam pengenalan asas perniagaan di internet, satu soalan yang popular diajukan di mana sahaja adalah, “Mahu jual apa?”

Soalan ini diajukan oleh peserta yang tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri.

Bagi menjawab soalan ini saya berkata, ”Mari kita pulang ke kediaman atau pejabat masing-masing,” jawapan ini akan dibalas, ”Apa yang ada di rumah dan pejabat kami?”

Soalnya bukan apa yang ada di rumah tetapi apa yang ada di sekeliling rumah dan pejabat.

Terdapat puluhan kedai yang tidak mempunyai blog shop apatah lagi laman web perniagaan sendiri. Bagaimana jika kita bekerjasama dengan pekedai ini menjual produk ini di internet.

Boleh jadi rakan sekerja kita yang menjual kecil-kecilan produk di pejabat dapat kita bantu dengan memasarkan melalui internet secara kaedah blog shop.

Dapatkan harga pengedar, jual pada harga pasaran yang disertakan bersama kos penghantaran. Cipta sistem pesanan kita sendiri bagi memudahkan kita mengenalpasti produk pesanan pelanggan sebelum mengambilnya di kedai berkenaan.


  • Jual produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Tidak ada produk, perkhidmatan dan tidak ada idea apakah perniagaan yang menjana pendapatan kepada saudara. Cubalah sertai program affĂ­liate.

Tanpa produk dan perkhidmatan masih boleh jana wang. Dalam majalah IM, sebuah majalah keusahawan Internet tempatan, penulis bernama Galadrial memberi penerangan ini,

Menurut beliau, “Affiliate adalah individu yang dibayar komisyen atau bayaran tetap kerana membawa pengunjung membeli produk atau pun servis di laman web penjual. Biasanya ahli affiliate akan diberi link atau kod khas bagi memudahkan pengendali web jualan asal mengenalpasti siapa yang berjaya mempromosikan jualan tersebut dan membayar ahli affiliate tersebut mengikut jumlah jualan.

Manakala program affiliate adalah, "Sejenis bentuk pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web. Penjual akan membayar komisyen kepada ahli affiliate yang berjaya membuat jualan.

Kita boleh mendaftar dalam program affiliate dan akan diberikan bahan promosi melibatkan artikel dan fail imej yang boleh dipaparkan pada blog dan laman web. Bagi menaikkan perhatian ramai, penghasilan video jualan merupakan satu kaedah mempromosi yang membantu peserta program affiliate.

Di manakah kedudukan pautan bagi mendaftar program affiliate?
Kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga di internet ialah mereka meletakkan pada bahagian atas minisite jualan atau pun di bahagian bawah minisite. Adakalanya ia ditulis sebagai program affiliate, affiliate atau ejen jualan. Bergantung kepada pilihan peniaga tersebut.

Dari segi komisen affiliate, kita boleh mendapat bayaran komisen serendah lima ringgit sehingga melebihi seratus ringgit bagi satu jualan yang berjaya dilakukan. Ia bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kini terdapat banyak peniaga tempatan menawarkan program affiliate dan tidak sukar untuk dicari berbanding pada awal tahun 2006. Lakukan pencarian maklumat tambahan mengenai peniaga yang menawarkan program affiliate bagi memastikan peniaga itu mempunyai reputasi yang baik dari segi pembayaran.

Menjadi affiliate melalui laman web ebookmentorjutawan.com

Sebagai contoh, saya merupakan ahli affiliate yang menjual produk e-book Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi.

E-book ini adalah hasil tulisan Irfan Khairi. Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi adalah produk e-buku yang melibatkan transkrip temubual beliau bersama lapan ikon jutawan. Irfan Khairi mendedahkan pelbagai resipi kejayaan dan kisah lanjut kelapan-lapan ikon sukses ini. E-book dan sistem affiliate boleh diperolehi melalui laman web mini www.ebookmentorjutawan.com.

Screenshot laman web mini jualan e-buku Mentor Jutawan



Lapan ikon terlibat berkongsi pengalaman dalam e-book ini adalah

  1. Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  2. Azizi Ali
  3. Datuk Dr Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li
  4. Datuk Husamuddin Yaacob pengasas kumpulan Karangkraf
  5. Dato’ Dr Azman Ching
  6. AbuAyubul Ansari Bin Ibramsha dari Singapura
  7. Billi P.S Lim dan Irfan Khairi sendiri

Pembeli akan mengklik ID atau alamat affiliate kita yang dipaparkan pada blog shop. Kemudian sistem akan merekodkan klik yang mempunyai jualan.

Bagi setiap jualan e-book ini, ahli affiliate diberikan komisen yang dimasukkan ke dalam bank apabila mencapai tahap minimum jualan. Blog shop dapat membantu kita mempromosi produk dan perkhidmatan orang lain yang menawarkan sistem affiliate.





Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Friday, April 23, 2010

Tip Blog Shop | Testimonial bergambar

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Teknik keempat

Testimonial bergambar

Testimonial bergambar memberi impak besar kepada pelanggan apabila dipaparkan dalam blog shop. Tanpa perlu huraian lanjut, gambar itu sendiri menggambarkan peniaga mempunyai sesuatu yang dapat dipercayai pelanggan.

Ciri-ciri gambar yang digunakan untuk paparan blog shop.
  • Gambar demonstrasi produk sebelum dan selepas.
  • Gambar aktiviti jualan yang sibuk.
  • Gambar proses kerja penghasilan produk.
  • Gambar bersama personaliti dalam bidang yang sama atau berbeza.
  • Gambar orang ramai bersama saudara dan produk.
  • Gambar bersama personaliti terkenal.

Setiap gambar mempunyai kata kunci tersendiri. Kata kunci ini timbul daripada persepsi pelanggan. Pilihan gambar bagi tujuan testimonial perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan persepsi yang salah timbul.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Testimonial media dan logo

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Teknik kedua


Testimonial paparan media

Penggunaan testimonial menggunakan media melibatkan dua kaedah.

  • Pertama, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan kita. Kita mengambilnya sebagai membuktikan ia pernah muncul dalam akhbar dan majalah.
  • Kedua, menggunakan keratan akhbar dan majalah melibatkan paparan produk dan perkhidmatan yang sama. Kita hanya mengambil isinya sebagai kepentingan industri dan mesti diambil tahu pelanggan.

Teknik ketiga

Testimonal logo

Testimonial logo pengeluar lain digunakan apabila kita menggunakan bahan daripada pengeluar tersebut.

Katakan seorang peniaga burger membuka blog shop, beliau ingin mempromosikan rangkaian gerai burger bergerak miliknya. Kemudian beliau menghubungi pengeluar roti dan daging burger Ramly bagi meminta kebenaran menggunakan logo beliau pada blog shop.

Dalam blog shop itu, peniaga memberitahu pelanggan,

Roti dan daging burger bermutu daripada Ramley.

Apakah yang dilakukan oleh peniaga burger ini?

Beliau mewujudkan perkaitan antara kualiti produk Ramley dan perniagaannya. Kedudukan produk berkualiti keluaran Ramley diakui oleh para pelanggan sebelum ini. Kewujudan logo dan kenyataan peniaga dalam blog shop beliau mencipta persepsi positif terhadap perniagaannya.

Logo dipercayai= Peniaga papar logo = Perniagaan dipercayai berkualiti


Penggunaan logo komersial perniagaan lain yang diakui berkualiti memerlukan saudara mendapatkan permohonan secara formal daripada pihak yang dimaksudkan. Dalam satu keadaan lain, ia mengukuhkan jenama sedia ada pada masa perniagaan saudara sedang berkembang.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Testimonial teks dan gambar



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana saya mahu tentukan antara testimonial yang baik dan yang buruk?”

Penggunaan testimonial dalam laman blog shop pada bahagian pages atau pun dalam entri produk membantu mengangkat kredibilit produk dan perkhidmatan kita.

Ia memberi kepercayaan kepada pelanggan kerana adanya bukti-bukti sahih yang berpuas hati menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Testimonial juga adalah susunan ayat yang memberitahu mengapa pelanggan mesti membeli.

Jenis-jenis testimonial dibahagikan kepada kumpulan berikut.

  • Testimonial teks dan gambar
  • Testimonial paparan media
  • Testimonial logo
  • Testimonial bergambar

  • Teknik pertama
Testimonial teks dan gambar

Contoh testimonial berserta imej

Dalam blog shop, testimonial dipaparkan dalam dua keadaan. Jenis pertama, testimonial mengandungi foto beserta nama, lokasi dan kedudukan beliau yang relevan untuk dikaitkan dengan produk dan perkhidmatan.

Jenis kedua, testimonial yang mengandungi nama, lokasi, kedudukan beliau tetapi tidak disertakan foto.

Testimonial menggunakan tokoh, selebriti

Kedua-dua kaedah ini membantu menguatkan iklan jualan dalam dua keadaan berbeza.

Testimonial tanpa foto sesuai digunakan bagi individu yang diketahui ramai. Nama individu itu sendiri sudah menggambarkan kredibiliti beliau memberi pandangan terhadap apa yang ditawarkan oleh peniaga terbabit.

Testimonial pengguna produk

Pengguna produk dan perkhidmatan kita adalah individu yang berpengaruh bagi dijadikan bahan untuk testimonial.

Mohon kerjasama mereka memberikan pandangan positif mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang digunakan. Paparan foto mereka memberi sentuhan yang lebih hidup.

Testimonial pengguna produk boleh diperolehi melalui kiriman e-mel bagi mengetahui respon mereka. Mohon izin daripada mereka bagi menggunakan testimonial yang diterima melalui e-mel.

Carian daripada enjin Google juga membantu saudara mengenalpasti apakah respon pembeli produk dan perkhidmatan yang dibeli sebelum ini.

Paparan wajah pada testimonial memberi persepsi positif kepada pelanggan bahawa peniaga yang disyorkan adalah dipercayai.

Testimonial menggunakan foto juga sesuai bagi individu yang tidak dikenali oleh pelanggan tetapi dikenali oleh pengamal industri yang sama.

Dapatkah selebriti hiburan dan golongan politik menjual?

Menurut Razzi Armansur, penggunaan individu sebagai testimonial mempunyai risiko tersendiri. Ini termasuklah menggunakan golongan selebriti hiburan dan ahli politik. Meskipun mereka mempunyai khayalak yang ramai, tetapi ia mempunyai jangka hayat sementara.

Selagi mana artis itu popular, selagi itu beliau mempunyai tarikan kepada para peminatnya. Namun demikian, dalam satu keadaan, isu genuine atau kesahihan dalam testimonial yang diberi menjadi soalan yang perlu dijawab oleh peniaga apabila mereka memberi testimonial.

Dalam kebanyakan isu endorsement atau tajaan produk dan menjadi duta, pemilihan mereka adalah atas dasar populariti, bukan kerana mereka pengguna sedia ada kepada produk dan perkhidmatan tersebut. Tetapi ada kekecualian dalam beberapa keadaan.

Saudara boleh menggunakan testimonial selebriti hiburan jika saudara tidak merancang menjadikan produk dan perkhidmatan sebagai sesuatu yang evergreen atau bertahan lama dalam pasaran.

Kesan destruktif juga mempengaruhi jualan produk dan perkhidmatan saudara apabila menggunakan testimonial ahli politik.

Kedudukan mereka yang terbuka kepada orang ramai mendedahkan mereka kepada naik turun dalam karier. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan saudara juga berhadapan risiko hilang pelanggan apabila isu kepartian pelanggan timbul. Ini berlaku kepada negara yang mempunyai nilai sensitiviti politik yang tinggi.

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan bagi kekal neutral. Dalam keadaan ini, penggunaan testimonial orang politik tidak dianjurkan.

Selebriti hiburan dan ahli politik sama-sama berhadapan pendedahan media. Isu skandal dan kontroversi terhadap mereka akan memberi kesan sama kepada produk dan perkhidmatan saudara.

Siapakah selebriti dalam jualan produk dan perkhidmatan di internet?

Beri prioriti kepada pengamal bidang dan pelanggan sedia ada sebagai sumber testimonial. Pengamal bidang adalah penjual produk dan perkhidmatan dalam kategori yang sama atau wakil kepada institusi yang berkaitan. Mereka adalah artis dalam industri ini.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tip Blog Shop | Jadikan pelanggan berasa dirinya nombor satu

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana menjadikan pelanggan di blog shop berasa dirinya penting dan dihargai peniaga?

Pelanggan adalah individu nombor satu dalam iklan jualan. Segala-galanya berkaitan beliau, bukan peniaga. Kerana kuasa membeli akhirnya terletak pada tangan mereka.

Iklan jualan yang ditulis berkenaan pelanggan. Iklan jualan yang fokus kepada pelanggan menjadi individu yang membaca berasa penting dan mempunyai kaitan pada skrip jualan itu.

Perkataan anda kerap digunakan dalam iklan jualan. Pertimbangkan untuk menggunakan perkataan saudara, kita, tuan dan puan sebagai ganti kepada perkataan anda

Perkataan anda adalah bersifat atas ke bawah. Ia bersifat autoritatif. Perkataan anda menggambarkan penjual berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding pelanggan.

Adab iklan jualan di negara Barat dan Asia Tenggara adalah berbeza. Di negara Barat perkataan anda atau you menjadi sebahagian daripada budaya yang diterima.

Bagi komuniti Asia Tenggara, mereka masih menghormati simbol kuasa dan kedudukan seseorang. Santun bahasa masyarakat Asia mementingkan kepada siapa perkataan itu dituju.

  • Perkataan anda bagi sebahagian pelanggan dilihat sebagai merendah-rendahkan diri beliau.
  • Perkataan anda bagi sebahagian pelanggan tidak berasa apa-apa dan menganggap ia perkataan biasa.
  • Perkataan saudara atau pun saudari menjadikan komunikasi pelanggan dan peniaga pada kedudukan neutral.
  • Perkataan tuan dan puan merujuk kepada sikap hormat kepada pelanggan.

Isu berkaitan perkataan anda tidak dibincangkan dalam pemasaran perniagaan kecil di internet. Tetapi penggunaanya masih memberi kesan kepada penerima mesej yang berlatar tahap sosio-ekonomi dan peringkat yang berbeza.

Dalam iklan jualan, letakkan diri pada kedudukan neutral atau gunakan rujukan hormat pada pelanggan.

Apabila kita tidak tahu latar belakang pelanggan, elak daripada menggunakan perkataan anda. Situasi lebih selamat dan mengurangkan risiko hilang pelanggan berpotensi.

Kita mungkin tidak kehilangan pelanggan sedia ada, tetapi kita hilang pelanggan yang sudah hampir mahu menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tidak rugi tetapi hilang angka tambahan. Meskipun seorang, ia tetap bernama jualan. Meskipun satu jualan, ia tetap dipanggil keuntungan.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Thursday, April 22, 2010

Tip Blog Shop. Bertukar link blog shop dengan peniaga lain

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Bagaimana saya dapat mempromosikan blog shop saya melalui blog shop orang lain?”

Kita dapat mempromosikan blog shop kita melalui amalan bertukar link dengan rakan niaga lain. Iaitu memohon izin agar blog shop kita dipaparkan di blog mereka. Sebagai pertukaran, kita paparkan blog mereka di blog shop kita.

Ia membantu kita mengurangkan persaingan, menaikkan peluang promosi dan memberi pilihan kepada pengguna.

Pilih blog shop yang berada dalam kategori yang sama tetapi menjual produk yang berbeza. Sebagai contoh, kita menjual perkhidmatan grafik dan senarai link dalam blog shop kita adalah penyedia kad perkahwinan. Begitulah seterusnya.

Bertukar-tukar link dapat dilakukan apabila kita kenalpasti sama ada blog shop tersebut melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Jika tidak ada, emel dan bertanya sama ada peniaga terbabit berminat berbuat demikian.

Kaedah memaparkan link blog shop

Di blogger.com klik layout > Page Element > Add Gadjet yang terletak pada sebelah kanan atau pun kiri bergantung kepada pilihan template.


Satu paparan baru akan muncul. Pilih sama ada blog list atau pun link list bergantung kepada rakan niaga yang mahu kita paparkan di blog. Kita dapat memasukkan kedua-dua pilihan bagi disenaraikan dalam gadjet. Pilih dengan mengklik simbol + berwarna biru.


Mengurus senarai link blog shop menggunakan blog list

Jika kita memilih blog list, paparan ini akan muncul,




1. Title iaitu kita masukkan kategori link yang akan dipaparkan. Misalnya, direktori blog shop, rakan niaga atau pun pautan.

2. Sort iaitu pilihan paparan senarai blog shop sama ada berdasarkan kemaskini blog atau pun secara susunan huruf.

3. Show iaitu jumlah blog shop yang mahu dipaparkan sama ada semua, lima, sepuluh atau pun 25 buah blog shop.

4. Gaya paparan senarai link blog shop sama ada secara icon, tajuk blog shop yang baru dikemaskini, snippet atau paparan sebahagian kecil isi kandungan blog shop yang dikemaskini dan tarikh kemaskini.

5. Add to list iaitu memasukkan url blog shop yang kita mahu paparkan. Satu tetingkap baru akan muncul apabila diklik.

Kita dapat mengemaskini senarai blog shop dari masa ke semasa dengan mengklik pada edit di gadjet yang telah disenaraikan dalam Page Elements.


Ini adalah paparan bagaimana rakan niaga kita akan kelihatan dalam blog shop kita. Tip, adakalanya peniaga menyenaraikan blog shop yang dihasilkan lebih daripada satu agar dipaparkan pada direktori yang dihasilkan.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Wednesday, April 21, 2010

Tip Blog Shop | Gantung papan kedai di hadapan blog shop

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



Seorang peniaga bertanya, “Bilakah masa terawal saya dapat memperkenalkan bisnes di blog shop?”

Penggunaan header dalam blog shop membantu kita memperkenalkan perniagaan yang kita usahakan. Sesetengah template memberi kemudahan kepada kita memasukkan imej pada header.

Header adalah tanda perniagaan kita sebagaimana papan tanda yang digantung di hadapan kedai

Di mana letaknya header?



Header terletak di atas blog shop. Sama ada dengan menggunakan teks semata-mata seperti perniagaan Ray Ban Dropship dan R.K Management and Services atau pun teks berserta foto perkhidmatan seperti KL Executive Services.

Kita bebas memilih sama ada mahu memasukkan teks sahaja, imej sahaja atau pun kedua-duanya.

Langkah pertama adalah ke akaun kita di blogger.com, di Dashboard klik Layout


Kemudian kita dibawa ke paparan layout, di bahagian Page Elements klik edit pada bahagian header.


Satu paparan Configure Header akan muncul dan masukkan foto serta teks yang berkaitan. Sesetengah peniaga blog shop membuat imej yang disertakan bersama-sama teks di dalamnya. Kita dapat mengupah mereka yang berkemahiran dalam grafik bagi mencipta imej header yang professional dan kemas sifatnya.




  • Blog Title iaitu masukkan tajuk blog, imej tidak dapat dimasukkan tanpa teks diisi pada blog title. Maklumat ini perlu diisi kerana carian Google memerlukan ia sebagai kata kunci carian di situ.
  • Blog description iaitu menaip secara ringkas deskripsi perniagaan yang kita jalankan di blog shop, sesetengah peniaga memasukkan nombor telefon dan alamat perniagaan.
  • Image iaitu masukkan imej yang berada dalam komputer kita melalui from your computer atau pun daripada mana-mana web melalui from the web.
  • Placement iaitu di mana kedudukan imej hendak dipaparkan sama ada di belakang teks atau sebaliknya. Sekiranya teks di belakang imej, klik instead of title and description. Imej akan dikecilkan secara automatik.
  • Klik save selepas semua selesai dimasukkan. Blog akan dikemasikini secara automatik.

Ini adalah contoh paparan heading yang kita pilih sebagai papan tanda perniagaan blog shop.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Tuesday, April 20, 2010

Tip Blog Shop | Ulang pengenalan ringkas pada setiap entri

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya kepada saya, “Perlukan saya memperkenalkan diri saya dalam setiap entri blog shop yang saya sediakan?”

Tidak wajib tetapi digalakkan. Pengulangan membantu pelanggan mengingati siapa kita, apa yang kita lakukan dan produk apa yang kita niagakan.

Kaedah pengulangan berlaku pada setiap peringkat hidup. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengulangan bagi mengukuhkan tingkah laku. Cara yang sama kita gunakan bagi mengukuhkan tingkahlaku pelanggan.

Pengulangan adalah amalan biasa dalam keluarga. Saudara kenang kembali nasihat ibu yang acapkali disebut setiap kali saudara menghubungi ibu melalui telefon.

Nasihat yang paling konsisten disampaikan oleh ibu itulah dinamakan pengulangan secara fungsional.

Apa pentingnya pengulangan?

  • Pengulangan adalah cara kerja yang sudah lama dipraktikan dalam pelbagai bidang.
  • Pengulangan bertujuan mempercepatkan kerja. Dari segi bisnes mempercepatkan penjenamaan nama kita dalam minda pelanggan.
  • Pengulangan memperkukuhkan kefahaman dan mempercepatkan tindakan. Perkara itu kita usahakan dalam amalan bisnes melalui blog shop.
  • Pengulangan juga dilihat sebagai metod yang digalakkan dalam al Quran.


Pengulangan secara fungsional dapat dilihat dalam hadis Nabi Muhammad. Dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Hurairah dan dihimpunkan dalam koleksi hadis Sahih Bukhari, diceritakan kisah seorang lelaki yang datang menemui Nabi Muhammad.

Lelaki ini bertanya kepada Nabi Muhammad, “Siapakah dalam kalangan ahli keluargaku yang perlu diberi layanan yang terbaik?”

Nabi Muhammad menjawab, “Ibumu.”

Lelaki ini bertanya lagi, “Siapakah selepas itu?”

Nabi Muhammad menjawab, “Ibumu.”

Lelaki ini bertanya lagi, “Siapakah selepas itu?”

Nabi Muhammad menjawab, “Ibumu.”

Lelaki ini bertanya lagi, “Siapakah selepas itu?”

Nabi Muhammad menjawab, “Ayahmu.”

Nabi Muhammad menggunakan kaedah pengulangan dengan memberi penekanan kepada subjek yang sama sebanyak tiga kali.

Pengulangan juga dilihat sebagai metod pengajaran yang digalakan dalam al Quran. Beberapa ayat berikut menunjukkan bagaimana Tuhan memberi penekanan sesuatu konsep dalam ayat-ayatnya.

Pengulangan secara fungsional Qurani dalam teks yang sama.

Dalam maksud surah al Luqman ayat ke 12, perkataan syukur disampaikan sebanyak tiga kali dalam satu ayat yang sama.

  • Pertama Allah menggalakkan Luqman bersyukur atas pemberiannya.
  • Kedua Allah menerangkan kesan daripada bersyukur.
  • Ketiga Allah menerangkan kesan mereka yang tidak bersyukur.

Pengulangan secara fungsional Qurani dalam surah yang sama.

Dalam maksud surah al Hujurat ayat pertama hingga ketiga, Allah memberikan penekanan terhadap adab berinteraksi bersama nabi. Pengulangan dalam tiga ayat pertama ini memfokuskan kepada tegahan terhadap berbicara melampaui nabi.

  • Ayat pertama Allah menegah sikap mereka yang mendahului nabi.
  • Ayat kedua Allah menegah perbuatan mereka meninggikan suara kepada nabi.
  • Ayat ketiga Allah menggalakkan mereka menggunakan suara yang rendah.

Pengulangan secara fungsional Qurani dalam surah yang berbeza.

Pengulangan dalam surah yang berbeza ini membawa satu mesej yang sama, menggalakkan manusia berfikir.

  • Pertama, Allah berkata, “Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,” dalam sebahagian maksud surah al Baqarah, ayat 219. Ayat ini menyentuh keburukan judi dan arak dan manusia perlu berfikir kesan buruknya kepada diri.
  • Kedua, Allah berkata, “Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (kami) kepada orang-orang berfikir,” dalam sebahagian maksud surah Yunus ayat 24. Ayat ini menyeru manusia berfikir kehebatan kuasa Tuhan mengatur perjalanan alam. Mesej yang sama ditemui sekali lagi dalam surah al Rad ayat keempat.
  • Ketiga, Allah berkata, “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir,” dalam sebahagian maksud surah al Rum ayat 21. Ayat ini menyeru manusia berfikir kehebatan kuasa Tuhan mencipta manusia yang saling cenderung berkasih sayang satu sama lain.

Pengulangan dari aspek bisnes

Pengulangan adalah proses kerja yang mempercepatkan kerja peniaga dan pada sama mencapai sasaran pelanggan yang berbeza peringkat.

  • Pengulangan bertujuan meneguhkan teknik dan prinsip yang membantu peniaga membuat keputusan.
  • Pengulangan juga menggambarkan sikap peniaga yang komitmen terhadap perniagaan dan produk.
  • Bahan yang diulang dalam entri menunjukkan kepentingan maklumat itu kepada pelanggan.

Kaedah pengulangan di blog shop

  • Pengulangan maklumat peniaga

Jika kita mempunyai lebih daripada satu produk, pengulangan siapa kita adalah kaedah sesuai digunakan pada setiap entri produk yang dipaparkan dalam blog shop.

Sebagai contoh, maklumat peniaga ditulis dan disertakan bersama-sama foto di bawah setiap entri yang ditulisnya. Sebagaimana dilakukan oleh penulis ini yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan.


Maklumat peniaga juga dapat dipaparkan tanpa foto peniaga. Cukup sekadar teks di bawah entri produk terbabit.

  • Pengulangan maklumat produk

Kita juga dapat menggantikan maklumat peniaga kepada maklumat produk sahaja. Ini dapat dilakukan apabila kita hanya menjual satu produk sahaja dan hanya menulis entri berkaitan produk atau isu-isu sekeliling produk berkenaan.




  • Masukkan maklumat ulangan di akhir entri

Bagi memasukkan maklumat ulangan berkaitan peniaga dan produk dapat dilakukan seperti berikut. Klik Posting > New Post > masukkan maklumat ulangan di akhir entri. Selesai, klik Publish Post.



Maklumat ulangan ini dapat disalin semula ke dalam entri baru dengan menggunakan kaedah copy paste daripada entri terdahulu.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

Monday, April 19, 2010

BlogShop nombor 1 di Google dengan Formula 3K

Proses jualan sistem Blogshop bermula dengan prospek mencari produk atau servis kita di laman carian. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita tahu apakah katakunci yang mereka gunakan semasa mencari produk kita. Setelah itu kita perlu menjadikan laman web kita berada dikedudukan pertama pada paparan carian laman web tadi.

Menurut ComScore Inc., Google merupakan laman web carian pilihan pengguna-pengguna Malaysia. 76% daripada jumlah pengguna internet Malaysia menggunakan laman web Google.com untuk mencari informasi yang mereka kehendaki.

Google.com ibarat KLCC dan BlogShop kita ibarat sebuah kedai. Kita perlu mendapatkan kedudukan yang terbaik untuk mendapat bakal pelanggan yang lebih ramai.

Laman web carian seperti Google, Yahoo dan Bing menggunakan formula yang tersendiri bagi menentukan kedudukan BlogShop kita. Formula tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu factor dalaman dan juga factor luaran.

Formula 3K adalah formula khusus untuk factor dalaman. 3K tersebut adalah:

  1. Katakunci pada tajuk laman web
  2. Katakunci pada alamat laman web
  3. Katakunci pada deskripsi laman web

Berikut adalah contoh hasil carian di Google.com bagi katakunci “Kursus Perniagaan”:

clip_image002

Daripada gambarajah tadi, kita boleh lihat bahawa katakunci “Kursus Perniagaan” terdapat pada tiga tempat utama seperti yang dinyatakan di atas.

Katakunci Pada Tajuk Laman Web

Buka Blogspot dashboard dan klik tab “Layout” > “Edit HTML” > “Expand Widget Templates”

clip_image004

Pada betul-betul di bawah kod “<head>” taip kod berikut:

Technorati Tags: ,

clip_image006

Klik “save template”

clip_image007

Langkah di atas bertujuan mengubahsuai tajuk BlogShop kita supaya sentiasa menggunakan tajuk entri kita. Pastikan setiap entri kita menggunakan katakunci yang ingin kita sasarkan kedudukan tertinggi. Contohnya saya akan menerbitkan satu entri menggunakan tajuk “Baju Kurung Johor Merah dan Mudah” agar Google meletakkan kedudukan yang tinggi pada BlogShop kita bagi katakunci “Baju Kurung”.

Jika kita semak di Google.com, entri kita akan kelihatan seperti berikut:

clip_image008

Ini menunjukkan kita telah berjaya meletakan katakunci pada salah satu posisi keutamaan Google!

Katakunci pada Meta description dan Meta keywords

Meta description adalah satu kod html khusus untuk enjin carian. Ia mengandungi maklumat ringkas tentang satu-satu laman web tersebut. Google akan meningkatkan kedudukan laman web tersebut untuk setiap katakunci yang terdapat dalam meta description ini.

Langkah-langkah mengubahsuai meta description BlogShop:

Buka Blogspot dashboard dan klik tab “Layout” > “Edit HTML” > “Expand Widget Templates”

Taip kod ini betul-betul di bawah kod title tadi:

<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>

<meta content='Butik baju-baju umum yang mesra dan murah. Menawarkan Baju Kurung Johor, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Mewah, Baju Kurung Klasik, Baju Kebaya, Baju Kebaya Nyonya dan juga Set Baju Melayu untuk Lelaki.' name='description'/>

<meta content=' Baju Kurung Johor, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Mewah, Baju Kurung Klasik, Baju Kebaya, Baju Kebaya Nyonya, Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Johor, Tudung Bawal, Tudung Lilit, Tudung Korea ' name='keywords'/>

</b:if>

clip_image010

Kod di atas adalah kod khusus untuk memberitahu Google bahawa laman blogshop utama kita menggunakan deskripsi yang telah diberikan. Jika dilihat dari carian Google, ianya akan menunjukkan hasil seperti berikut:

clip_image012

Enjin Google akan mencari dengan sendiri jika kita tidak meletakkan kod meta. Kod meta ini bertujuan untuk memastikan Google hanya menggunakan description tersebut dalam meletakkan kedudukan.

Google akan menggunakan isi kandungan dalam setiap entri kita sebagai kandungan deskripsi meta jika kita tidak meletakkan apa-apa meta tertentu. Contohnya, untuk entri di http://kedaisaat.blogspot.com/baju-kurung-johor-merah-keluaran-terbaru, Google mengambil isi daripada entri untuk digunakan sebagai deskripsi secara automatic.

clip_image013

Katakunci Pada URL

Url adalah adalah alamat laman web. Pada blogshop pula, alamat URL merujuk kepada alamat khusus entri kita. Contohnya jika blogshop kita bernama “kedaisaat.blogspot.com” dan entri kita bertajuk “baju kurung merah”, maka url entri kita akan menjadi: http://kedaisaat.blogspot.com/baju-kurung-merah

BlogShop menggunakan tajuk entri kita sebagai alamat url entrinya.

Langkah-langkah untuk meletakkan katakunci pada url adalah seperti berikut:

Pilih “Posting” > “New Post”

Letakkan katakunci dalam kotak “title”

clip_image014

Penuhkan entri dan terbitkannya.

Sistem blogspot dengan sendirinya meletakkan tajuk entri anda ke dalam URL. Contoh di atas akan menjadi http://kedaisaat.blogspot.com/baju-kurung-merah-johor

clip_image008[1]

Kini BlogShop kita lebih mudah mendapat tempat pertama untuk katakunci yang kita sasarkan.

Tip Blog Shop | Hasilkan dan sebarkan borang pesanan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya, “Baiklah saya sudah mempunyai akses kepada Google Docs, kini saya mahu hasilkan borang pesanan. Bagaimana saya mahu hasilkan borang pesanan pelanggan. Bagaimana pula ia dapat disampaikan kepada mereka melalui blog shop?

Bagi memudahkan saudara memahami bagaimana proses menghasilkan borang pesanan pelanggan. Kita andaikan kita akan menghasilkan sebuah borang pesanan bagi sebuah produk.

Isi ruangan Page Title dan Page Description


Isikan ruangan Page Title dan Page Description terlebih dahulu. Di sini saya akan mengisi maklumat seperti berikut.



Pada ruangan Page Description saya menerangkan bagaimana proses pembayaran dapat dilakukan selepas borang pesanan ini dihantar dan emel pengesahan diterima daripada saya.

  • Isi ruangan Question Title, Help Text

Isikan ruangan Question Title dah Help Text seperti berikut. Question Title bagi memasukkan informasi yang diingini. Help Text bagi memasukkan teks tambahan cara menulis informasi yang diingini. Di sini saya akan mengisi maklumat seperti berikut.


• Pilih jenis jawapan melalui senarai Question Type



Tentukan jenis jawapan yang ingin kita perolehi daripada Question Type. Ini dapat dilakukan dengan memilih senarai yang diberikan.


  • Bagi tujuan mendapat maklumat ringkas seperti nama, jenis pekerjaan, jantina dan umur kita menggunakan Text.
  • Bagi tujuan mendapatkan alamat penuh penghantaran, kita menggunakan Paragraph Text.
  • Bagi mendapatkan pilihan pembayaran yang dikehendaki kita akan menggunakan Choose form a list atau pun Multiple Choice.
  • Bagi mendapatkan maklumat lebih daripada satu pilihan, kita akan menggunakan Checkboxes.

Berikut merupakan contoh bagaimana ia akan kelihatan dalam borang sebenar selepas disiapkan.

  • Screenshot borang pesanan. Question Type menggunakan text.

  • Screenshot borang pesanan. Question Type menggunakan paragraph text.

  • Screenshot borang pesanan. Question Type menggunakan Choose from the list.

  • Screenshot borang pesanan. Question Type menggunakan Checkboxes.

Aktifkan fungsi Make this a required question
Fungsi Make this a required question diaktifkan dengan menanda pada kotak yang disediakan. Ini bertujuan agar pelanggan mengisi maklumat yang diperlukan.


Fungsi ini akan menyekat borang daripada diproses oleh sistem Google Docs apabila terdapat maklumat yang tidak diisi.

  • Kemaskini menggunakan Edit, Duplicate atau pun Delete

Sekiranya kita merancang mengubah arahan maklumat yang perlu diisi dalam petak yang disediakan, klik pada fungsi Edit.



Jika kita mahu menambah soalan seterusnya dalam borang pesanan, klik pada fungsi Duplicate. Kemudian ubah format soalan berdasarkan keperluan. Selain daripada fungsi Duplicate, fungsi Add Item juga dapat digunakan.

Bagi membuang format soalan dalam borang soalan, klik pada fungsi Delete.

  • Semak borang menggunakan View the Published Form

Fungsi ini membantu kita membuat semakan pada borang ketika ia sedang dihasilkan. Dari masa ke semasa kita dapat melihat secara keseluruhan susunan format soalan yang perlu diisi oleh pelanggan.

Sebarang perubahan dalam proses juga memberi kesan perubahan pada paparan borang.

Klik pada link yang diberi yang berada di bawah sekali.

Kemudian satu tetingkap baru akan dibuka.

  • Save dan sebarkan

Borang pesanan pelanggan sudah siap dihasilkan. Klik pada fungsi Save. Bagi menyebarkan borang pesanan ia dapat dilakukan.



  • Meletakan link borang pesanan pada blog

Dengan meletakkan link tersebut pada perkataan atau imej butang borang pesanan. Link boleh diambil pada View the Published Form.



  • Kaedah memasukkan link borang ke Blogger.com

Pada entri di blog, highlight perkataan atau klik imej yang mahu dipautkan dengan borang pesanan.

Kemudian klik fungsi hyperlink dan masukkan URL borang pesanan.


Selepas itu, klik OK dan publish post.

Setiap kali pelanggan mengklik perkataan Klik di sini bagi membelinya yang tertera pada entri, pelanggan akan dibawa ke borang pesanan untuk diisi.



Menyemak pesanan pelanggan dalam Google Docs

Jika kita mahu menyemak senarai pesanan pelanggan. Layari semula google.docs.com. Masukkan username dan password kita semula. Klik pada borang pesanan yang tertera pada paparan hadapan.






Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Nota: Berita penting penerbit kepada peniaga kecil

Buku Urus Bisnes dengan Google setebal 300 halaman terbitan PTS Professional mengejutkan negara dengan tip-tip bagaimana mengurus bisnes kecil secara percuma. Cepat, mudah dan praktikal hanya untuk yang bukan pakar.

Buku ini mendapat ulasan akhbar Harian Metro. Klik di sini Urus Bisnes dengan Google




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.