Peniaga bertanya, “Saya mempunyai foto-foto produk mahu dipaparkan dalam entri blog shop saya. Bagaimana caranya?
Foto adalah cara pelanggan melihat produk fizikal yang dipaparkan pada blog shop. Pada bahagian new post, klik ikon foto yang tertera.
Satu tetingkap baru akan muncul.
1. Pilih lokasi foto yang ingin dimasukkan ke dalam entri blog, sama ada dari komputer dengan mengklik browse atau pun URL lokasi imej yang sedia ada dalam internet. Bagi menambah jumlah foto lebih daripada satu, klik Add another image. Maksimum jumlah foto dapat dimuatkan pada satu-satu masa adalah lima buah foto. Ulangi proses jika mahu menambah foto lagi.
2. Choose a Layout memberi kita empat pilihan sama ada kiri, kanan, tengah atau pun bebas.
3. Image size adalah pilihan saiz foto yang ingin dipaparkan dalam blog. Sama ada kecil, sederhana atau pun besar. Foto yang tertera pada entri dapat dilihat dalam saiz sebenar apabila pelanggan mengklik foto tersebut.
4. Selesai memilih foto, tandakan pada kotak I Accept the Term of Service kemudian klik Upload Image. Tetingkap akan berubah apabila proses memasukkan foto selesai, klik done.
Kita dapat mengubah saiz foto dengan mengklik pada foto kemudian membesar atau mengecilkan saiz foto dengan menggerakkan mouse pada bucu foto terbabit sebagaimana dipaparkan dalam screenshot di bawah.
Ini adalah blog shop Piko Shop yang menjual tudung. Lihat bagaimana foto dipaparkan pada blog selepas publish post diklik.
Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------
Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.
No comments:
Post a Comment