Friday, April 9, 2010

Tip Blog Shop | Melihat peta asas blog shop


Bengkel Blogshop
untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, “Blog shop adalah blog yang menjual produk dan perkhidmatan melalui blog. Apakah ciri-ciri blog shop yang memudahkan peniaga menjual dan pelanggan membeli?”

Secara asasnya, setiap peniaga mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri asas blog shop mereka. Namun demikian, ada perbezaan dari segi template dan jenis produk. Jika dilihat secara keseluruhan, konsep masih sama.

Mari kita lihat peta asas sebuah blogshop. Peta ini dapat memberi idea kepada kita apakah tambahan yang diperlukan pada masa akan datang.


1. Header
Pada header akan kelihatan nama blog shop kita dan deskripsi blog shop. Di sini peniaga akan mempamerkan logo perniagaan, foto pilihan produk bagi memberi gambaran apakah produk yang dijual. Selain itu, USP atau Unique Selling Point yang mengandungi ayat memancing pelanggan.

2. Blog Posts
Pada blog posts mengandungi entri-entri blog yang kita masukkan apabila kita memperkenalkan produk bersama-sama penerangan bersesuaian. Peniaga akan meletakkan maklumat produk, foto produk, testimonial, kaedah pembelian dan lain-lain maklumat. Bahagian ini bertambah dari masa ke semasa.

3. Side Bar
Pada bahagian side bar ini mengandungi informasi asas peniaga, senarai entri blog shop berdasarkan tarikh, teks alamat dan nombor perhubungan, teks tambahan, senarai imej dan beberapa aplikasi tamban yang ditambah.

Side Bar ini berada sama ada di kanan, di kiri atau di kedua-dua bahagian bergantung kepada pilihan template.

4. Footer
Pada bahagian footer, ia mempunyai fungsi yang hampir sama dengan header.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment