Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
Peniaga bertanya, "Adalah sebarang cara dapat saya usahakan bagi memastikan pelanggan mendapat informasi setiap kali saya memasukkan senarai produk terbaru dalam blog?”
Peniaga bertanya, "Adalah sebarang cara dapat saya usahakan bagi memastikan pelanggan mendapat informasi setiap kali saya memasukkan senarai produk terbaru dalam blog?”
Gunakan Feed Burner yang dapat bertindak sebagai posmen yang menghantar maklumat dalam blog shop kita kepada pelanggan setiap kali dikemaskini. Ia dihantar secara automatik ke dalam emel pelanggan tanpa perlu kita menghantar emel seorang demi seorang.
Cara mengaktifkan Feed Burner adalah seperti berikut.
- Layari feedburner.com
Layari feedburner.com kemudian masukkan username dan password berdasarkan akaun Google yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan alamat blog ke Google Feed Burner
Pada paparan utama Google Feed Burner, masukkan alamat blog kita pada bahagian burn a feed right this instant. Kemudian klik Next.
- Pilih feed bagi keperluan blog kita
Kita akan dibawa ke paparan seterusnya, pilih feed sama ada Atom atau pun RSS kemudian klik Next.
- Masukkan tajuk dan alamat feed
Berikan tajuk dan alamat untuk feed agar mudah dikesan pelanggan. Klik Next selepas itu.
Kini kita sudah mempunyai posmen bagi menghantar maklumat produk yang dikemaskini dalam blog shop dari masa ke semasa. Kita klik Next sekali lagi bagi mendapatkan kemudahan statistik pembaca blog di bawah fungsi Enhance Your Stats. Ini membantu kita melihatt gelagat pelanggan yang melayari blog kita.
- Tandakan pada kotak Clickthroughs dan I Want more!
Pastikan kedua-dua pilihan ini ditanda bagi memastikan kita dapat melihat jumlah klik oleh pelanggan ke blog kita. Fungsi ini juga membantu kita mengenalpasti populariti setiap entri yang dimasukkan ke dalam blog. Selain itu, kita dapat melihat berapakah orang pelanggan yang melihat atau mengklik entri blog.
Semua ini adalah maklumat yang dapat membantu kita membuat perancangan produk dengan melihat kecenderungan pelanggan.
Selepas itu klik Next.
Sekarang kita sudah memiliki feed bagi keperluan blog shop. Sekarang bagaimana kita mahu meletakkan fungsi feed ini ke dalam blog shop.
Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------
Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.
No comments:
Post a Comment