Sunday, April 11, 2010

Mitos 1: Blog Jualan Tidak Professional

Peniaga mengadu “Rakan saya berkata bahawa menjual melaui blog adalah perkara yang tidak profesional”

Persepsi ini timbul daripada persekitaran kita yang penuh dengan pengiklanan yang kelihatan bombastik. Kita sering melihat pengiklanan dalam skel yang besar oleh syarikat yang besar. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana cara pengiklanan syarikat kecil tidak sama dengan cara pengiklanan syarikat besar.

Syarikat kecil lebih menumpukan kepada pengiklanan secara gerila.

Tiga fokus teknik pengiklanan gerila adalah pengiklanan yang mudah untuk dilakukan, tidak melibatkan kos yang tinggi dan hanya memberi impak yang kuat kepada kumpulan sasaran. Pengiklanan secara gerila memerlukan kreativiti dan pemikiran luar kotak.

Kebanyakan cara pengiklanan gerila melibatkan fun factor dan viral factor. Fun factor menyebabkan iklan kita sendiri diterima oleh audiens dan terus melekat di hati dan minda mereka. Ini seterusnya membuatkan audiens tadi suka untuk berkongsi iklan tentang produk kita kepada rakan-rakan yang lain seterusnya melebarkan lagi pengaruh iklan kita.

Contoh pengiklanan gerila yang boleh dilakukan adalah dengan merakam video penggunaan produk kita dalam cara yang menyeronokkan dan disebarkan melalui youtube.com. Kita boleh juga menulis sebuah artikel berkaitan rahsia-rahsia perniagaan atau produk atau servis kita yang berguna kepada audiens kita lalu dikongsi dalam bentuk entri blog ataupun dalam bentuk ebook yang diberi percuma. Pembaca artikel dan ebook tersebut akan suka untuk berkongsi artikel kita dengan rakan-rakan maya mereka yang lain samada melaui blog mereka sendiri ataupun facebook.

Blog jualan tidak semestinya kelihatan professional untuk membuat jualan.

Lihat fenomena di sekeliling kita dan kita akan dapat melihat bahawa kita membeli barang yang direkomen oleh individu yang tidak kelihatan professional. Contohnya apabila rakan kita mengatakan bahawa sebuah kedai makanan sate enak dan murah, kita lebih terpengaruh untuk berkunjung ke sana dan mencuba/membeli sate mereka.

Contoh tadi wujud dalam pelbagai bentuk dan cerita namun ianya berkisar kepada satu perkara yang sama: kita terpengaruh dengan mereka yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan terhadap produk tersebut. Oleh yang demikian, blog yang mempunyai personaliti dan tidak kelihatan professional boleh sahaja melakukan jualan. Lihat contoh BlogShop di bawah:



BlogShop beliau kelihatan kemas dan desainnya penuh dengan suntikan personaliti tuan punya kedai. Ia menggambarkan bahawa empunya BlogShop seorang perempuan yang suka terhadap fesyen dan seorang yang teratur.

Kita lebih percaya dengan empunya blog apabila melihat bahagian About Me yang berpersonaliti tulen dan dikuatkan lagi oleh facebook badge yang mana menyatakan bahawa penjual itu wujud dan tidak menyorok disebalik maya.

Kepercayaan adalah asset utama setiap penjual lebih-lebih lagi pemilik BlogShop. Ini kerana kepercayaan adalah tembok penghalang pertama dan utama untuk setiap jualan secara maya.

Malah jualan biasanya tidak dipengaruhi oleh sifat blogshop yang professional mahupun tidak. Tujuan utama blogshop adalah untuk menjual. Oleh yang demikian kebolehan blogshop untuk menjual seharusnya menjadi perkara pokok yang diutamakan.

--------

Entri ini disediakan oleh Izwan Wahab, Jurulatih Internet Marketing, Jurutera Sistem dan Penulis bersama buku Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil. Berpengalaman selama 6 tahun dalam pembangunan laman web dan menguasai pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer. Dikenali ramai dalam ruang maya sebagai Robotys, penganalisa teknik-teknik SEO (Search Engine Optimization) dan internet marketing yang lainnya.


2 comments:

  1. Bagi pendapat saya adalah bagus menggunakan Kedai Online + Blog iaitu menggunakan domain berbayar dan blog Wordpress. Penggunaan blogger yang berbayar saya masih belum mencubanya.

    Mengapa saya menyarankan menggunakan blgo wordpress berbayar?

    1) Semua orang tahu benda free boleh hilang bila-bila masa.

    2) Wordpress mempunyai banyak plugin-plugin free, kelebihan untuk peniaga di internet.

    3) Wordpress mempunyai ecommerce sendiri. Ia sesuai bagi mereka yang menjual setiap 1 produk 1 harga.

    4) Blog adalah penting untuk perkongsian informasi apa yang kita jual di internet.

    5) Blog wordpress berbayar begitu mudah mendapat trafik 100 sehari.

    Ini adalah antara mengapa saya begitu galakkan menggunakan blog wordpress berbayar.

    PS : Hanya sekadar pandangan :)

    ReplyDelete