Peniaga bertanya, “Bagaimana caranya memilih foto produk yang bersesuaian dan memudahkan pelanggan melihatnya?”
Paparan foto produk yang berkesan menarik perhatian pelanggan adalah paparan yang memberi ciri jelas bagaimana produk itu akan kelihatan. Ciri-ciri foto cadangan yang sesuai bagi tujuan blog shop adalah seperti berikut.
- Pastikan latar produk berwarna putih
Latar yang berwarna putih menonjolkan produk dalam foto yang digunakan. Pelanggan tidak terganggu dengan imej lain yang terpapar dalam foto yang sama melainkan imej produk semata-mata.
- Pastikan produk dikeluarkan daripada bungkusan
Kredit Foto bajubaby.blogspot.com
- Letakkan alamat blog shop pada foto
Letakkan URL blog shop pada setiap foto yang dimuatkan ke dalam blog shop.
Katakan saya mengendalikan sebuah bengkel penulisan untuk mereka yang minat menulis. Saya akan letakkan URL blog saya pada foto yang akan digunakan bagi tujuan promosi di blog shop.
Sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran menggunakan Adobe Photoshop bagi meletakkan teks pada foto. Gunakan Powerpoint sebagai alternatif. Masukkan foto yang disesuaikan saiz berdasarkan slaid Powerpoint, klik pada teks dan masukkan teks URL blog shop di situ. Kemudian, save as sebagai fail PNG.
Ini membantu kita dari aspek pemasaran viral apabila pelanggan berkenaan menyebarkan foto produk kepada rakan-rakan melalui emel dan media sosial seperti Facebook dan blog.
- Pastikan foto jelas dan mendapat pencahayaan yang baik
Kejelasan foto dari aspek ketajaman foto dan warna adalah keutamaan pelanggan. Foto yang kabur tidak memberi maklumat keseluruhan produk. Foto diambil sama ada menggunakan flash pada kamera atau pun gunakan cahaya semulajadi. Usahakan agar tidak ada bayang-bayang kesan daripada penggunaan flash.
- Satu produk satu foto
Fokuskan tumpuan pelanggan kepada satu produk pada satu imej dalam satu-satu masa. Ini akan memberi kelebihan kepada peniaga kerana ia mudah diperkenalkan dalam entri yang berbeza.
- Pastikan saiz foto tidak terlalu kecil
Sesetengah pelanggan mengklik foto pada blog shop bagi melihat foto produk pada paparan lebih besar. Peniaga digalakkan memuatkan foto bersaiz sederhana besar agar apabila diklik, paparan foto akan kelihatan. Ini akan memuaskan hati pelanggan.
- Foto demonstrasi digandingkan bersama foto latar putih
- Tunjukkan secara teliti ciri fizikal pada produk
Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------
Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.
No comments:
Post a Comment