Penjual bertanya “Apa yang patutu saya lakukan pada pelanggan yang sukar memberikan testimonial walaupun mereka amat menyukai produk saya.”
Testimonial adalah langkah kelangsungan jualan kita. Menurut kajian, testimonial mampu meningkatkan jualan sehingga 50%.
Fungsi utama testimonial adalah untuk meruntuhkan tembok kepercayaan pelanggan kepada kita. Dengan testimonial yang benar dan tulen, pelanggan akan melihat produk kita sebagai satu tawaran yang tulen dan berkesan dalam membantu mereka menyelesaikan masalah.
Testimonial juga boleh bertindak sebagai ajen jualan. Setiap testimonial tadi ibarat orang perseorangan yangmempromosikan produk anda pada pelanggan. Oleh yang demikian, usaha mencari dan mengumpulkan testimonial seharusnya menjadi salah satu daripada perkara pokok oleh pemilik blogshop.
Pelanggan tidak menulis testimonial kerana tidak tahu caranya.
Kebanyakan pelanggan yang amat berpuas hati, mereka memang ingin berkongsi dengan orang lain tentang kehebatan produk yang digunakan. Cumanya apabila diminta untuk menulis testimonial, mereka akan teragak-agak. Ini kerana mereka memerlukan format yang betul untuk memudahkan mereka menulis testimonial mereka.
Format tersebut adalah:
- Apakah halangan utama untuk anda membeli?
- Apakah perkara yang anda dapati setelah membeli produk?
- Apakah ciri spesifik produk yang anda paling suka? Mengapa?
- Apakah 3 kelebihan lain produk yang anda (pelanggan) beli?
- Adakah anda akan rekomen produk ini pada orang lain? Mengapa?
- Nyatakan lain-lain pendapat.
Selepas selesai proses pembayaran dan penghantaran produk, kita bolehlah menghantar emel bertanyakan perihal produk yang pelanggan beli dan sertakan sekali format di atas.
Ini membantu kita dalam menilai keberkesanan produk selepas jualan. Ini juga adalah salah satu langkah servis selepas jualan yang baik. Ia mampu meningkatkan kredibiliti blogshop kita sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan.
--------
Entri ini disediakan oleh Izwan Wahab, Jurulatih Internet Marketing, Jurutera Sistem dan Penulis bersama buku Internet Marketing Untuk Bisnes Kecil. Berpengalaman selama 6 tahun dalam pembangunan laman web dan menguasai pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer. Dikenali ramai dalam ruang maya sebagai Robotys, penganalisa teknik-teknik SEO (Search Engine Optimization) dan internet marketing yang lainnya.
No comments:
Post a Comment