Wednesday, April 7, 2010

Tip Blog Shop | Emel pengesahan langganan pemikat hati pelanggan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya, “Bagaimana caranya saya dapat berkomunikasi dengan cara yang disukai pelanggan setiap kali mereka melanggan entri blog melalui Feedburner? Saya percaya apa yang saya sampaikan kepada mereka pertama kali menentukan sama ada mereka akan terus mengikuti blog shop saya.

Feedburner membantu kita mengurus cara kita berinteraksi dengan pelanggan setiap kali mereka memasukkan emel ke borang langganan feed yang dipaparkan pada blog shop kita.

Klik Publicize > Email Subscriptions > Communication Preferences


Email “From” Address akan menunjukkan emel penghantar. Kita boleh kekalkan sama ada emel kita atau pun emel lain yang digunakan bagi tujuan blog shop.

Confirmation Email Subject adalah paparan tajuk emel yang dihantar kepada pelanggan. Tukar kepada ayat yang bersesuaian. Misalnya, “Kami gembira mengenali anda di…. sahkan langganan…,” atau seumpamanya.

Confirmation Email Body adalah isi kandungan emel. Tukarkan kepada mesej bersesuaian. Dimulai dengan ucapan terima kasih, sedikit kata-kata khidmat pelanggan dan mohon pelanggan mengklik pautan atau link yang diberi. Pastikan perkataan ${confirmlink} dikekalkan dalam mesej. Perkataan itu akan bertukar kepada link yang perlu diklik oleh pelanggan bagi mengesahkan langganan emel mereka.

Selesai kemaskini dilakukan, klik Save dan fungsi ini akan diaktifkan.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment