Monday, April 19, 2010

Tip Blog Shop | Segerakan kepercayaan pelanggan kepada kita

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Seorang peniaga bertanya kepada saya, “Beritahu saya, apakah maklumat yang menjadikan pelanggan percaya kepada kita apabila berniaga di blog shop?”

Bagi meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan kepada kita, maklumat asas mengenai peniaga mesti mudah ditemui dan dihubungi. Tidak ada maklumat kabur berkenaan kita dan perniagaan yang kita jalankan.
Justify Full
Beberapa maklumat yang perlu jelas dilihat dan mudah ditemui.

  • Maklumat dan foto peniaga
  • Maklumat perniagaan yang dijalankan
  • Maklumat bagi tujuan dihubungi
  • Maklumat yang selalu ditanya oleh pelanggan.
  • Maklumat cara pembayaran
  • Maklumat kaedah penghantaran
  • Testimonial pelanggan bersama-sama foto pelanggan.
Bagi memudahkan pelanggan, letakkan maklumat tersebut di kedudukan yang mudah ditemui.

Kita aktifkan fungsi page.

Klik Posting > Edit Pages > New Pages bagi mengaktifkan fungsi page buat pertama kali.


Kita akan dibawa ke bahagian posting untuk page. Masukkan maklumat yang kita mahu paparkan kepada pelanggan. Kali ini kita mulakan dengan biodata ringkas peniaga terlebih dahulu.

Selepas itu klik publish page.



Satu paparan baru akan muncul selepas fungsi publish page diklik. Blogger memberi pilihan bagaimana page kita mahu dipaparkan. Sama ada bahagian sisi iaitu side bar, bahagian tabs iaitu di bahagian atas selepas heading dan secara manual melalui no gadget.

Bagi memudahkan pilih sidebar atau pun tabs.

Kita andaikan kita memilih bahagian tabs. Kemudian klik Save and Publish.


Kini page pertama mengenai biodata pelanggan telah diwujudkan. Kita dapat melihat paparan sebenar dengan melayari blog shop kita semula. Jika mahu menambah page bagi maklumat seterusnya, klik semula Edit Pages dan ulangi langkah demi langkah seperti yang pertama.

Setiap kali kita menambah page, bahagian Edit Pages akan menunjukkan jumlah page yang dihasilkan.


Pada laman blog shop sebenar, senarai page akan kelihatan seperti ini.




Menyusun page mengikut keutamaan

Sekiranya kita mahu menyusun senarai page mengikut keutamaan klik pada Layout.

Pada Layout, klik pada bahagian Edit di Pages. Satu tetingkap baru akan muncul. Susunan page dapat dilakukan dengan kaedah drag and drop. Iaitu menarik ke atas atau ke bawah mana-mana page menggunakan mouse.


Selepas itu klik save.

Mengalihkan ke bahagian side bar.

Katakan kita mahu mengalihkan bahagian page ke bahagian side bar blog shop seperti tertera di bawah. Keadah drag and drop juga dapat digunakan pada bahagian layout blogger.


Sekali lagi kita ke Layout. Klik pada petak page tanpa melepaskan butang mouse. Kemudian tarik keseluruhan kotak page di atas ke kanan.

Selepas itu klik save.




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment