Wednesday, April 14, 2010

Tip Blog Shop | Label mudahkan carian

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang pelanggan bertanya, “Saya memasukkan senarai produk ke dalam blog setiap hari, tetapi disebabkan produk yang pelbagai menyukarkan saya menyusun semula. Bagaimana caranya pelanggan secara mudah dapat melihat senarai produk dalam kategori yang sama?”

Bagi memudahkan pelanggan melihat senarai produk mengikut kategori, gunakan kaedah labels yang disediakan dalam blogger.com. Kaedah ini membolehkan kita menyusun senarai produk mengikut persamaan meskipun ia dipaparkan pada entri berbeza pada hari berbeza.

Kaedah memasukkan label adalah seperti berikut. Klik Posting > New Post > Labels


Selepas itu klik publish post.

Kemudian ke Layout > Page Elements > Add a Gadget di sebelah kanan.


Satu tetingkap baru akan muncul, klik pada simbol + pada Labels.


Configure Labels akan muncul bagi kita mengemaskini maklumat diperlukan.


Ubahsuai maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kita dan pelanggan.

• Title masukkan nama pengkategorian label misalnya Kategori Produk
• Show pilihan sama ada menunjukkan semua label atau pun label terpilih sahaja.
• Sorting adalah susunan label sama ada mengikut atur huruf atau pun secara kekerapan label digunakan.
• Display adalah paparan labe sama ada dalam bentuk senarai atau pun dalam bentuk kumpulan.
• Tandakan show number of posts jika mahu menunjukkan jumlah entri berdasarkan label.
• Save selepas kemaskini dibuat.

Gajet kumpulan label yang kita namakan sebagai Kategori Produk akan tertera pada bahagian Page Elements. Kita dapat menyusun semula kedudukan gajet ini mengikut susunan berbeza sebelum mengklik fungsi save.



Labels dapat dilihat pada bawah entri dan pada bahagian kanan blog.


Kaedah ini digunakan para peniaga blog shop bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan mengikuti kumpulan. Sebagai contoh, peniaga ini mengkategorikan semua beg tangan jualan beliau mengikut jenama dan kategori promosi.

Kredit foto http://princessvictoriastylo.blogspot.com/


Sistem labels dapat digunakan oleh peniaga bagi tujuan berikut.

  • Melabel produk yang dijual.
  • Melabel perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Melabel diari peniaga yang tidak ada kaitan dengan produk dan perkhidmatan. Sekadar sisipan ke dalam blog. Kerana sekali sekala peniaga bersikap personal kepada pelanggan.
  • Melabel promosi khusus bagi produk tertentu.
  • Melabel soalan dan aduan pelanggan yang dijawab dalam bentuk entri.
  • Melabel testimonial pelanggan.
  • Melabel pengumuman penting kepada pelanggan




Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment