Wednesday, April 14, 2010

Tip Blog Shop | Paparan video yang dapat menjual

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya, “Bagaimana caranya merakamkan video yang baik untuk produk dan perkhidmatan?”
Justify Full
Pertama, ingat peraturan ini, elak daripada meletakkan visual produk dan individu di tengah-tengah.

Micheal Miller berkata, dari segi penyampaian visual, kedudukan produk dan individu yang berada di tengah berada dalam kedudukan titik mati.

Cuba kita lihat bagaimana sesebuah temubual dilakukan di kaca televisyen, kenalpasti di mana kedudukan pemberita di studio apabila membaca berita pada waktu perdana. Selidik di mana produk diletakkan dalam sebarang iklan yang dihasilkan secara professional.

Di sini saya berikan dua contoh paparan di televisyen swasta sebagai perbandingan.


Lihat kedudukan subjek, sama ada lebih ke kiri atau ke kanan sedikit. Tidak berada di titik mati iaitu di tengah-tengah. Kaedah ini dapat digunakan bagi memaparkan video testimonial pelanggan dan rakaman mesej peniaga.

Pilih pakaian tanpa corak dan garis
Pakaian yang dipilih oleh jurucakap tidak dihiasi corak dan garis. Pakaian yang bersesuaian adalah jenis satu warna. Gunakan warna yang tidak terlalu terang. Sederhana gelap atau sederhana cerah. Kontras sedikit berbanding latar belakang.

Jika latar belakang berwarna putih atau warna cerah. Gunakan pakaian yang berwarna sederhana gelap seperti biru tua atau pun merah tua agar individu nampak menonjol pada skrin. Dari segi warna pakaian, elak daripada menggunakan warna oren dan merah terang. Ia akan melarikan fokus penonton terhadap produk yang dipaparkan.

Warna putih, merah jambu akan menyerlahkan pakaian jurucakap dan menyebabkan warna kulit kelihatan pucat.

Pemilihan pakaian juga berkait rapat dengan tema. Adakah produk itu ditujukan kepada pengguna remaja atau dewasa. Kedua-dua kumpulan ini menonjolkan dua identiti pemakaian yang berbeza.

Begitu juga jenis produk dan perkhidmatan yang dipamerkan. Adakah ia merujuk kepada kumpulan tertentu. Kenalpasti apakah jenis pakaian yang menyerupai kumpulan sasar kita.

Misalnya, kita menjual produk sukan, adakah lengkap berkemeja lengan panjang dan bertali leher menggambarkan produk yang ingin dijual. Mesej pada pakaian yang dipilih akan bertentangan.

Dalam beberapa keadaan, adanya jenis pakaian bersifat neutral yang sesuai dalam apa jua keadaan.

Kedudukan jurucakap dan produk
Seperti disebut oleh Micheal Miller kedudukan produk dan individu yang berada di tengah berada dalam kedudukan titik mati.

Salah satu cadangan yang diberikan oleh Miller ialah meletakkan kedudukan individu pada sebelah kiri atau pun kanan visual. Kedudukan mata individu yang bercakap dalam video jualan adalah pada titik tengah visual.





Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment