Monday, April 26, 2010

Tip Blog Shop | Pilih dan jual produk sekarang

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Seorang peniaga bertanya, "Dari mana datangnya produk dan perkhidmatan di internet?"

Jika kita bercadang menjual produk dan perkhidmatan di internet, ia datang melalui pelbagai cara. Kita dapat memilih mana-mana cara berikut bagi menjalankan perniagaan pertama kita di blog shop.

  • Produk dan perkhidmatan diusahakan sendiri.
  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.
  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop.
  • Produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Perniagaan di internet mempunyai prinsip bisnes tersendiri. Kepada mereka yang pertama kali terjun ke dunia perniagaan di internet, kata-kata usahawan internet tempatan iaitu Adly Mukhtar dapat dijadikan gol kecil untuk dicapai.

Kata Adly, ”Dalam perniagaan internet, dapatkan seringgit yang pertama. Ya, seringgit yang pertama. Dari nilai yang kecil ini kita akan melihat lebih banyak jalan untuk menambah nilai sedia ada.”


Produk dan perkhidmatan sendiri

Produk dan perkhidmatan sendiri melibatkan apa yang kita sudah usahakan sebelum ini. Kita memanjangkan potensi produk dan perkhidmatan yang kita usahakan ke dalam blog shop.

Misalnya, kita mempunyai kemahiran menghasilkan grafik kad perniagaan dan poster, kita dapat menawarkan kemahiran itu kepada pelanggan melalui blog shop. Jika kita mempunyai kemahiran memperbaiki telefon bimbit, kemahiran itu dapat diuar-uarkan melalui blog shop.

Misalnya, Boonga Studio yang memperkenalkan kasut dengan hiasan yang dihasilkan sendiri. Pelanggan akan memilih kasut yang mempunyai corak pilihan mereka daripada blog shop ini.


Bagi peniaga kuih karipap ini, beliau memfokuskan kepada memperkenalkan gerai jualan karipap beliau sebagai promosi di blog shop.



Jika kita mempunyai produk yang berpotensi dijual, gunakan blog shop bagi memperkenal dan menjual produk itu. Katakan kita mempunyai barang-barang terpakai yang masih elok dan dapat dijual. Tawarkan barang-barang tersebut di blog shop.



Blog shop Jom Sewa Buku menawarkan pilihan buku beliau yang sudah dibaca bagi disewakan kepada orang lain. Sekiranya ada sesuatu yang kita mahu ia diasingkan dari rumah, cubalah menjual barangan terpakai yang masih berfungsi pada harga murah.

  • Produk dan perkhidmatan daripada perniagaan online orang lain.

Hubungi peniaga online yang sedia, bertanya sama ada kita dapat menjadi satu lagi pengedar produk beliau secara online. Sama ada peniaga itu berniaga menggunakan blog shop atau pun melalui laman web, kedua-duanya mempunyai peluang yang sama.

Biasanya, peniaga online sedia ada akan memberikan harga pengedar kepada kita. Harga produk jualan yang terpapar akan sama seperti mana laman web atau blog shop peniaga terbabit.

Sesetengah memperkenalkan kaedah kita jual, mereka hantar. Iaitu pesanan dan pembayaran akan melalui kita, pesanan tersebut dimaklumkan kepada mereka. Kemudian bayaran harga produk selepas ditolak harga pengedar akan dimasukkan ke akaun peniaga asal. Penghantaran akan dilakukan oleh mereka.

Bagi memperolehi idea dan maklumat peniaga-peniaga yang menjual melalui internet, kunjungi ekspo perniagaan dan kenalpasti peniaga-peniaga yang sudah mula menjual melalui online atau layari direktori perniagaan yang mudah dicari di internet.

  • Produk dan perkhidmatan daripada peniaga sekeliling yang tidak mempunyai blog shop

Dalam satu sesi yang saya kendalikan dalam pengenalan asas perniagaan di internet, satu soalan yang popular diajukan di mana sahaja adalah, “Mahu jual apa?”

Soalan ini diajukan oleh peserta yang tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri.

Bagi menjawab soalan ini saya berkata, ”Mari kita pulang ke kediaman atau pejabat masing-masing,” jawapan ini akan dibalas, ”Apa yang ada di rumah dan pejabat kami?”

Soalnya bukan apa yang ada di rumah tetapi apa yang ada di sekeliling rumah dan pejabat.

Terdapat puluhan kedai yang tidak mempunyai blog shop apatah lagi laman web perniagaan sendiri. Bagaimana jika kita bekerjasama dengan pekedai ini menjual produk ini di internet.

Boleh jadi rakan sekerja kita yang menjual kecil-kecilan produk di pejabat dapat kita bantu dengan memasarkan melalui internet secara kaedah blog shop.

Dapatkan harga pengedar, jual pada harga pasaran yang disertakan bersama kos penghantaran. Cipta sistem pesanan kita sendiri bagi memudahkan kita mengenalpasti produk pesanan pelanggan sebelum mengambilnya di kedai berkenaan.


  • Jual produk dan perkhidmatan yang menawarkan kaedah affiliate.

Tidak ada produk, perkhidmatan dan tidak ada idea apakah perniagaan yang menjana pendapatan kepada saudara. Cubalah sertai program affĂ­liate.

Tanpa produk dan perkhidmatan masih boleh jana wang. Dalam majalah IM, sebuah majalah keusahawan Internet tempatan, penulis bernama Galadrial memberi penerangan ini,

Menurut beliau, “Affiliate adalah individu yang dibayar komisyen atau bayaran tetap kerana membawa pengunjung membeli produk atau pun servis di laman web penjual. Biasanya ahli affiliate akan diberi link atau kod khas bagi memudahkan pengendali web jualan asal mengenalpasti siapa yang berjaya mempromosikan jualan tersebut dan membayar ahli affiliate tersebut mengikut jumlah jualan.

Manakala program affiliate adalah, "Sejenis bentuk pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web. Penjual akan membayar komisyen kepada ahli affiliate yang berjaya membuat jualan.

Kita boleh mendaftar dalam program affiliate dan akan diberikan bahan promosi melibatkan artikel dan fail imej yang boleh dipaparkan pada blog dan laman web. Bagi menaikkan perhatian ramai, penghasilan video jualan merupakan satu kaedah mempromosi yang membantu peserta program affiliate.

Di manakah kedudukan pautan bagi mendaftar program affiliate?
Kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga di internet ialah mereka meletakkan pada bahagian atas minisite jualan atau pun di bahagian bawah minisite. Adakalanya ia ditulis sebagai program affiliate, affiliate atau ejen jualan. Bergantung kepada pilihan peniaga tersebut.

Dari segi komisen affiliate, kita boleh mendapat bayaran komisen serendah lima ringgit sehingga melebihi seratus ringgit bagi satu jualan yang berjaya dilakukan. Ia bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kini terdapat banyak peniaga tempatan menawarkan program affiliate dan tidak sukar untuk dicari berbanding pada awal tahun 2006. Lakukan pencarian maklumat tambahan mengenai peniaga yang menawarkan program affiliate bagi memastikan peniaga itu mempunyai reputasi yang baik dari segi pembayaran.

Menjadi affiliate melalui laman web ebookmentorjutawan.com

Sebagai contoh, saya merupakan ahli affiliate yang menjual produk e-book Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi.

E-book ini adalah hasil tulisan Irfan Khairi. Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi adalah produk e-buku yang melibatkan transkrip temubual beliau bersama lapan ikon jutawan. Irfan Khairi mendedahkan pelbagai resipi kejayaan dan kisah lanjut kelapan-lapan ikon sukses ini. E-book dan sistem affiliate boleh diperolehi melalui laman web mini www.ebookmentorjutawan.com.

Screenshot laman web mini jualan e-buku Mentor Jutawan



Lapan ikon terlibat berkongsi pengalaman dalam e-book ini adalah

  1. Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
  2. Azizi Ali
  3. Datuk Dr Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li
  4. Datuk Husamuddin Yaacob pengasas kumpulan Karangkraf
  5. Dato’ Dr Azman Ching
  6. AbuAyubul Ansari Bin Ibramsha dari Singapura
  7. Billi P.S Lim dan Irfan Khairi sendiri

Pembeli akan mengklik ID atau alamat affiliate kita yang dipaparkan pada blog shop. Kemudian sistem akan merekodkan klik yang mempunyai jualan.

Bagi setiap jualan e-book ini, ahli affiliate diberikan komisen yang dimasukkan ke dalam bank apabila mencapai tahap minimum jualan. Blog shop dapat membantu kita mempromosi produk dan perkhidmatan orang lain yang menawarkan sistem affiliate.





Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini




---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

1 comment: