Tuesday, April 6, 2010

Tip Blog Shop | Khabarkan entri-entri hangat

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Peniaga bertanya, “Kini saya sudah mempunyai Feedburner. Saya tahu apakah kegunaan dan bagaimana ia dapat membantu saya memantau aktiviti pelanggan saya. Soalan saya, bagaimana saya mahu mempelawa mereka berada dalam feed ini?”

Semua data di dalam Feedburner hanya akan dapat ditunjukkan apabila adanya senarai yang melanggan feed kita. Langkah demi langkah menghasilkan publisiti bagi menarik perhatian pelanggan dapat dilakukan dalam beberapa cara.

Pertama, klik pada Publicize.


Kemudian di bawah Publicize, terdapat beberapa pilihan.


  1. Headline Animator yang berfungsi memaparkan tajuk entri terbaru secara bergilir-gilir. Ia dapat dipamerkan pada blog shop peniaga.
  2. BuzzBoost yang berfungsi menukarkan feed ke dalam bentuk HTML.
  3. Email Subscriptions yang memberi pelanggan pilihan melanggan entri-entri terus dihantar ke emel mereka. Ia dapat dipaparkan pada blog shop milik kita.

Menggunakan Headline Animator

Klik pada Headline Animator dan ubahsuai atau masukkan informasi yang diperlukan.




  1. Clickthrough URL adalah link kepada feed yang kita hasilkan. Kekalkan ia tanpa perubahan.
  2. Theme atau pun tema. Disertakan bersama saiz pilihan kita. Terdapat sepuluh pilihan.
  3. Title adalah tajuk kepada headline animator. Tandakan pada kotak jika mahu. Tajuk dapat diubahsuai berdasarkan keperluan kita.
  4. Headline adalah tajuk bagi setiap entri yang muncul.
  5. Dates adalah tarikh dalam beberapa format pilihan kita.

Sebarang perubahan yang dilakukan dari fungsi (2) sehingga (5) dapat dilihat pada paparan headline animator yang terletak di bawah.

Selesai mengemaskini Headline Animator, klik Activate, ia akan di save as mengikut saiz theme pilihan (1).


Peniaga bertanya, “Bagaimana headline animator yang sudah siap dihasilkan mahu dipaparkan ke dalam blog?

Selepas butang Activate diklik, satu paparan akan muncul.

Pilih Blogger blog pada senarai Add to yang tertera anak panah di bawah dan kemudian klik next.


Selepas itu, tetingkap baru akan muncul, klik Add to Blogger.



Satu lagi tetingkap baru dibuka membawa kita terus ke Blogger.com, masukkan username dan password. Selepas itu kita dibawa ke bahagian Add Page Element.

Pilih blog dan berikan tajuk baru di bahagian Title sama ada ayat “Dapatkan maklumat terbaru”, “Info terus ke emel,” atau pun “Langgan ke emel.”

Selesai mengisi , klik Add Widget.


Kita akan dibawa ke bahagian Layout, Page Element di mana kedudukan Headline Animator berada dalam blog sebenar.


Saiz Headline Animator dapat diubahsuai mengikut ruang dalam blog dengan kembali semula ke Feedburner, klik pada headline yang dihasilkan mengikut theme, kemudian ubah saiz yang diberikan dalam theme terbabit.



Beginilah paparan Headline Animator yang digunakan pada blog shop kelak. Pelanggan akan melihat tajuk-tajuk entri yang berubah-ubah dan mendorong mereka mengklik.


Klik imej bagi paparan lebih jelas.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.


No comments:

Post a Comment