Wednesday, April 7, 2010

Tip Blog Shop | Menaikkan imej emel kepada pelanggan

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

Peniaga bertanya, “Bolehkah saya dapat menaikkan imej emel yang dihantar kepada pelanggan? Ini bertujuan agar mereka dapat mengingati blog shop saya.”

Dengan menggunakan Feedburner, kita dapat mengubah wajah emel sama ada dari segi jenis huruf atau pun warna teks. Konsistensi penggunaan warna dan jenis huruf dalam setiap emel berkaitan blogshop akan memudahkan pelanggan mengecam emel kita.

Logo perniagaan di blog shop juga dapat dimasukkan ke dalam setiap entri blog shop yang diemel kepada pelanggan.

Sekali lagi kita ke Publicize > Email Subscriptions > Email Branding



Email Subject Title adalah tajuk emel kita yang akan diterima oleh pelanggan setiap kali blog shop dikemaskini. Jika kita mahu tukarkan tajuk emel kepada tajuk entri terkini yang dimasukkan dalam blogshop, masukkan perkataan ${latestItemTitle}.

Cadangan tambahan, letakkan tajuk emel dengan pemula yang konsisten misalnya, jika kita menjual kerepek maka tulis nama perniagaan dan diikuti dengan tajuk entri terkini. Sebagai contoh
  • Kerepek Ani | Kerepek Pisang Tanduk
  • Kerepek Ani | Kerepek Ubi Pedas
  • Kerepek Ani | Kerepek Ubi Garing
  • Kerepek Ani | Jualan Penghabisan Stok

Perkataan Kerepek Ani | dimasukkan ke dalam Email Subject Title dan dikuti dengan perkataan ${latestItemTitle} yang akan diganti dengan tajuk entri terkini secara automatik.

2. Logo URL berfungsi bagi kita memasukkan logo perniagaan jika ada. Salin semula lokasi imej di dalam internet yang dapat diakses, kemudian masukkan ke dalam Logo URL.

Tip memasukkan logo, pastikan logo itu berada dalam mana-mana entri blog shop kita. Klik pada logo berkenaan dan salin URL yang tertera. Pastikan saiznya tidak melebihi 200X200 pixels.

3. Headline Font adalah paparan jenis huruf pada tajuk entri kita. Terdapat lima jenis huruf ditawarkan.

4. Headline size adalah saiz pilihan pada tajuk entri kita. Bermula dari saiz 9 sehingga saiz 20.

5. Body Font adalah jenis huruf yang akan digunakan pada entri kita. Terdapat lima jenis huruf ditawarkan.



6. Body Size adalah saiz huruf pada entri blog shop.
7. Body Color merujuk pada warna yang akan pada entri blog shop.
8. Item headline/ Body Link Color merujuk pada pilihan warna untuk tajuk entri dan teks yang mempunyai pautan ke laman web lain.
9. HTML Email Preview adalah paparan emel kita yang sebenar kepada pelanggan. Setiap kali perubahan dibuat, paparan itu akan berubah.

Selesai mengemaskini imej emel blog shop, klik Save.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment