Wednesday, April 7, 2010

Tip Blog Shop | Emelkan sekaligus entri blog

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini



Peniaga bertanya, "Bagaimana pula saya mahu mengumpulkan senarai emel dan memastikan mereka menerima maklumat blog shop tanpa perlu saya emel seorang demi seorang menggunakan Feedburner?”

Bagi memudahkan kita, Feedburner menyediakan fungsi Email Subcriptions. Pelanggan yang memasukkan emel ke dalam perkhidmatan ini akan mendapat feed atau entri blog shop terbaru setiap kali kita kemaskini.

Email Subscriptions akan dihantar kepada pelanggan dalam dua keadaan. Pertama dalam bentuk teks sahaja, atau Plain Text. Kedua dalam bentuk HTML. Ini bergantung kepada sistem emel yang digunakan pelanggan. Feedburner akan menghantar mengikut format yang dibaca melalui sistem pengendali emel yang digunakan pelanggan.

Sebagai contoh format kedua-dua emel adalah seperti berikut.

Emel format Plain Text yang hanya mengandungi teks semata-mata.


Emel format HTML yang mengandungi teks dan imej



Bagi memudahkan pelanggan, Email Subcriptions menyediakan borang yang dapat diisi oleh pelanggan terus dari blog shop kita.

Pertama klik Publicize > Email Subscriptions


Kemudian, kita dibawa ke paparan baru. Aktifkan fungsi Email Subscriptions dengan mengklik fungsi Activate.


Selepas fungsi Email Subscriptions diaktifkan, sekali lagi kita akan dibawa ke paparan seterusnya. Kita dapat memilih sama ada mahu meletakkan borang feed ke dalam blog ataupun meletakkan link atau pautan sahaja. Apabila link diklik akan muncul sebagai tetingkap baru.

Kedua-dua pilihan (1) dan (2) ini dapat digunakan bersama.



Cara pertama (1) Menggunakan borang feed ke dalam blog

Pergi Use as a widget in dan pilih Blogger kemudian klik Go!


Kita akan dibawa ke Blogger di bahagian Add Page Element. Masukkan Title dengan ayat bersesuaian seperti Hantarkan ke Emel, Langgan Emel atau pun Dapatkan yang Terkini. Bergantung kepada kreativiti dan kesesuaian.

Klik Add Widget.


Kedudukan borang feed dapat diubah suai sama ada berada di atas atau pun dibawah di bahagian Layout > Page Elements. Selesai, klik Save.


Paparan borang feed akan kelihatan pada blog seperti berikut.

Cara Kedua (2) Menggunakan pautan atau link feed ke dalam blog


Ulangi langkah sama sebagaimana cara pertama. Paparan link feed akan kelihatan pada blog seperti berikut. Secara perbandingan kedua-duanya sama ada kaedah borang langgan (1) atau pun kaedah link (2) membawa kepada hasil yang sama.


Apabila kaedah link diklik, tetingkap baru akan muncul. Pelanggan diminta mengisi emel dalam tetingkap tersebut.



Mengesan langganan emel yang dibatalkan oleh pelanggan

Peniaga bertanya, ”Berkemungkinan ada pelanggan yang mahu mengeluarkan emel beliau daripada blog shop saya. Bagaimana caranya saya dapat mengesan pembatalan itu. Mungkin saya dapat berhubungan dengan beliau, mengucapkan terima kasih dan mendapatkan maklumbalas. Ada sebarang cara?

Ya, ada caranya.

Dari Publicize > Email Subscriptions dan klik Subscription Management. Skrol ke bahagian bawah paparan. Kemudian, klik pada petak Send me an email.... dan diklik fungsi Save selepas itu.


Selepas fungsi ini diaktifkan, kita akan mendapat emel daripada Feedburner apabila ada pelanggan mengeluarkan emel mereka daripada senarai langgan feed blog shop. Maklumat yang diberikan Feedburner mengandungi emel pelanggan terbabit. Ini memudahkan kita menghubungi semula.



Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------


Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment