Saturday, April 10, 2010

Tip Blog Shop | Buka blog shop pertama anda

Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini


Peniaga bertanya, “Kini saya sudah mempunyai akaun Google bagi mengakses blogger.com. Tunjukkan kepada saya satu persatu panduan membuka blog secara mudah, cepat dan praktikal.”

Layari laman blogger.com


Masukkan username dan password menggunakan akaun Gmail yang didaftarkan. Kemudian klik sign in.

Klik Create a Blog

Kita dibawa masuk ke bahagian dashboard. Klik Create a Blog yang terletak di sebelah kanan dashboard.



Isikan maklumat asas blog

1. Isikan Blog Title atau tajuk blog. Ia akan tertera di bahagian atas blog shop yang telah dihasilkan.

2. Isikan Blog Address (URL) iaitu alamat yang akan membawa pelanggan ke blog shop kita. Semak sama ada url tersebut sudah diambil orang atau sebaliknya.

Sebagai tip, url yang digunakan bagi tujuan perniagaan perlu mengambil kira hal berikut.
  • Sekiranya jenama produk kita sudah dikenali ramai. Gunakan jenama produk sebagai url.
  • Gunakan perkataan yang ditaip pelanggan apabila mencari produk terbabit di dalam enjin carian Google dan Yahoo. Sebagai contoh, pelanggan mencari peniaga yang membuat kek coklat. Maka gunakan perkataan kek coklat dan diikuti dengan nama perniagaan kita. Misalnya Kek Coklat Ani.
  • Gunakan url yang pendek dan ringkas agar mudah diingati pelanggan dan mudah dipaparkan pada kad perniagaan.
  • Pilih perkataan yang mudah disebut pelanggan.
  • Gantikan perkataan yang menggunakan ejaan huruf berganda kerana ia akan mengelirukan pelanggan ketika mengejanya. Misalnya kedaibukushamsuddin.blogspot.com, dua huruf d mungkin dibaca sebagai satu oleh pelanggan.
  • Elakkan menggunakan nombor yang digabungkan dengan nama perniagaan melainkan mempunyai sebab yang kuat bagi mengekalkannya.
  • Kenalpasti bahasa pertama pelanggan apabila memilih url. Misalnya jika majoriti pelanggan cenderung berkomunikasi dalam bahasa Melayu, maka gunakan bahasa pertama itu sebagai urlnya.

3. Isikan Word Verification berdasarkan perkataan yang dipamerkan. Selesai mengisi ketiga-tiga maklumat ini, klik continue.

Pilih template yang bersesuaian



Pilih template yang bersesuaian dengan konsep perniagaan blog shop kita. Terdapat 12 template disediakan untuk pilihan peniaga. Template ini boleh ditukar pada bila-bila masa.

Selepas itu klik Continue.


Kini kita sudah dapat memasukkan entri blog shop pertama memperkenalkan produk dan perkhidmatan.


Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini

---------




Entri ini disediakan oleh Zamri Mohamad, penjual produk online, jurulatih pemasaran produk di internet dan pembimbing penulisan iklan jualan untuk akhbar, majalah dan laman web. Beliau telah menulis trilogi buku pemasaran produk di internet iaitu Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Buat Duit dengan You Tube dan Urus Bisnes dengan Google. Klik pada judul buku untuk maklumat lanjut atau kunjungi rangkaian kedai buku MPH, POPULAR, TIMES dan kedai-kedai buku seluruh negara.

No comments:

Post a Comment