“Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buat untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.” Maksud surah al Ankabut ayat 45
Tip akhir ini bersifat personal dan sangat kena pada diri kita. Ia dipanggil sebagai fitrah. Cas kuasa fitrah ketika kita mengurus blog shop dan kekal dalam usaha ini. Kenali fitrah agar kita dapat memaksimakan potensi diri.
Apakah itu fitrah. Ia disebut oleh Tuhan,
"Maka hadapkanlah wajahmu lurus kepada agama Allah. Allah telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." Maksud surah al Rum ayat 30.
Peniaga blog shop yang bersikap merendah diri kepada Tuhan menjadikan beliau setinggi-tinggi di sisinya. Rendah hati inilah yang meninggikan kedudukan.
Berusaha mengurus perniagaan bagi membina kerjasama yang baik dan membina tapak mencari rezeki halal secara langsung meletakkan Tuhan sebagai gol peribadi dan diurus sebaik-baiknya.
Elemen-elemen fitrah yang saling berkait menjadikan pendekatan mengurus bisnes melalui blog shop memerlukan elemen berikut.
- F untuk Fikiran
Kedudukan fikiran di tengah-tengah lingkaran menunjukan ia sebagai pusat aktiviti manusia.
- I untuk inspirasi
Role model merupakan contoh hidup bagaimana disiplin dan teknik mengurus perniagaan.
- T untuk teknik
Teknik mempermudahkan kita dan menyelesaikan kerja secara teratur. Ada yang tidak gemar kepada peraturan. Seolah-olah peraturan menyekat dan memberi had kepada tindakan kreatif.
Bayangkan permainan catur tanpa peraturan. Bayangkan bidak catur pawn boleh sesuka hati bergerak seperti queen. Bagaimana pula bidak catur knight atau kuda tidak perlu bergerak dalam gerakkan berbentuk L. Di mana keseronokan permainan ini jika tidak ada peraturan permainan.
Peraturan menjadikan kita lebih kreatif bertindak dalam had yang diberi. Saudara mempunyai kuasa kreatif ketika mengurus perniagaan.
R untuk Respon
Respon memberitahu sama ada yang pendekatan diterima atau memerlukan perubahan bagi meningkatkan momentum perniagaan di blog shop. Respon diberi pada peringkat permulaan, pertengahan dan akhir.
Ia disampaikan oleh pelbagai individu melibatkan pelanggan dan rakan perniagaan. Respon meningkatkan daya pengaruh perniagaan blog shop melalui penambahan input-input baru dari satu peringkat ke satu peringkat lagi.
Bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. Maksud surah al Nahl ayat 43
- A untuk aplikasi
Setiap kejayaan kecil adalah tangga-tangga ke kemuncak menjadi peniaga kecil berpengaruh yang mampu mengemudi perniagaan dengan cara tersendiri.
Raikan kejayaan kecil daripada hasil yang kita perolehi. Menjadi sumber rujukan dan berpengaruh dalam mengurus perniagaan adalah gabungan usah-usaha kecil yang konsisten.
Ia menjadikan tindakan serta pilihan kita sebagai sesuatu yang bersifat matang dan menimbulkan hormat pelanggan.
Mengamal ilmu secara berperingkat adalah cara disarankan agar kita mudah mengamalkan pengetahuan sedikit demi sedikit sehinggalahdapat menguasai secara keseluruhan.
Janganlah kamu tergesa-gesa membaca al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu. Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." Maksud surah Thaha ayat 114
- H untuk Hamba
Kita berfikir dan bertindak sebagai hamba bagi mendapat keberkatan. Keberkatan digerak melalui doa keluarga, pelanggan dan rakan niaga, redha ibu bapa, pembersihan hati melalui zikir, mencipta sangka baik terhadap Tuhan dan melihat ujian dalam perniagaan kecil sebagai cara mengukuhkan jiwa.
Doa adalah ciri yang mengikat hubungan kita dan Tuhan. Doa melibatkan permohonan kita agar menjadi peniaga di blog shop yang bermanfaat, mempermudah laluan rezeki yang halal dan menjadi amalan yang diterima Tuhan.
Elemen hamba adalah elemen yang tidak lari daripada membincangkan mengenai Tuhan. Kepercayaan kepada Tuhan, mengakui kewujudan dan bersedia memenuhi komitmen kepada Tuhan mempunyai pengaruh terhadap keseimbangan emosi, intelek dan iman.
Tidak dijadikan manusia dan jin kecuali untuk menyembah Allah.
Maksud surah al Dzariyat ayat 56
Potensi peniaga adalah terhad dan dikembangkan melalui bantuan Tuhan. IQ, EQ dan SQ sama-sama berperanan dan bekerja dengan ritma tersendiri. Kajian mendapati otak manusia dicipta dengan satu fungsi yang dinamakan God Spot.
Ini termasuk menjadikan amalan perniagaan blog shop sebagai satu amal baik kerana Tuhan.
Sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah dengan berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhan dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak mereka bersedih hati. Maksud surah al Baqarah ayat 112
Sebagai kesimpulan buku ini, kuasa fitrah seorang peniaga blog shop menjadikan
- Fikiran sebagai alat yang mencetus pelbagai idea awal bagaimana blog shop perlu diuruskan secara baik dan teratur.
- Inspirasi iaitu mencari peniaga blog shop lain sebagai model untuk ditiru dan dijadikan rujukan.
- Teknik yang betul bagi menjaga proses perniagaan yang halal, mengurangkan kos dan menambah potensi.
- Respon bagi memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kaedah yang berkesan.
- Aplikasi iaitu menukarkan pengetahuan kepada tindakan dalam mengurus blog shop.
- Hamba iaitu memahami perniagaan di blog adalah satu lagi amal baik dengan niat kepada Tuhan dengan menjadikan perniagaan kita memudahkan pelanggan dan memberi rezeki halal sebagai dorongan membuat kebaikan.
Bengkel Blogshop untuk pemula klik di sini
---------